Walaupun augmented reality (AR) dalam dunia gaming mudah alih belum mencapai potensi yang sepenuhnya; game seperti Pokemon Go dari Niantic dan Wizards Unite telahpun mendominasi segmen ini.
Bagi Microsoft, walaupun mereka adalah sebuah gergasi dalam dunia gaming mudah alih tetapi menerusi Minecraft, nampaknya mereka sudah bersedia dengan francais seterusnya menerusi “Project Genoa”. Nama rasmi projek ini adalah Minecraft Earth dan ianya memiliki potensi yang sangat besar.
Pengaruh daripada Niantic Labs dalam Minecraft Earch sangat jelas tetapi pembangunnya iaitu Mojang; membawakan apa yang ada dalam Pokemon Go dan Ingress untuk pergi lebih jauh. Minecraft Earth adalah lebih daripada itu. Ia mengambil kelebihan dan kekuatan daripada dunia Minecraft dan menjadikannya sesuatu yang unik dan istimewa.
Permainan game ini terbahagi kepada 3 pengalaman yang berbeza. Dalam “overworld” yang di jayakan oleh Open Street Maps, ia berfungsi sama seperti overworld dalam Pokemon Go dimana anda akan melihat blok yang boleh di tap dan ianya akan ditambahkan ke dalam inventori. Satu tap pantas akan memungut blok ini tetapi sekiranya anda mahukan blok yang lebih rare seperti diamond, anda perlu ke adventure yang terdapat dalam map.
Adventure pula adalah sebuah dunia seperti Minecraft yang dijanakan di atas dunia sebernar menggunakan teknologi ARCore daripada Android dan ARKit daripada iOS. Pengalaman AR ini menggunakan peraturan yang sama dalam Minecraft; berdasarkan versi Bedrock game ini. Anda boleh melombong lantai untuk mendapatkan diamond, iron dan bahan lain yang biasa didapati bawah tanah. Persekitaran anda boleh digunakan untuk mendapatkan tanah, cobblestone dan menggunakan Open Maps, anda boleh memancing di sungai dan tasik daripada dunia sebenar menggunakan AR. Anda juga boleh membela mob, membina Redstone. Dipendekkan cerita anda boleh buat apa sahaja yang boleh dilakukan dalam Minecraft.
“Build Plates” dan ekonomi Block
Tahap rarity blok-blok memainkan peranan penting dalam Minecraft Earth, sama seperti survival mode dalam versi biasa Minecraft. Sama seperti dalam Minecraft, anda boleh menggunakan bahan yang dilombong untuk membina dan iainya dipanggil “build plates” dalam Minecraft Earth. Ianya adalah ruang membina peribadi anda yang anda boleh gunakan untuk membuat binaan anda.
Binaan anda boleh dikecilkan hingga ianya muat di atas meja ataupun dibesarkan kepada skala dunia sebenar. Anda juga boleh menjemput rakan-rakan dari serata dunia untuk melawat binaan anda mahupun bekerja bersama anda untuk membinanya. Didalam Build Plate, anda boleh bertukar barangan.
Ini adalah satu kelebihan game ini berbanding Pokemon Go dan game yang sewaktu dengannya. Anda tidak perlu sentiasa berjalan untuk memainkan Minecraft Earth, tetapi pemain akan diberkan ganjaran yang banyak sekiranya berbuat demikian.
Dalam mode Adventure yang anda mainkan sambil berjalan, bakal memberikan anda blok yang lebih rare dan berbagai crafting material lain; disamping menawarkan berbagai binatang daripada dunia Minecraft. Binatang ini boleh dikumpul dan dipertontonkan di Build Plates.
Melindungi Kanak-Kanak, Sistem Dagangan dan Fungsi Cross-Play
Minecraft Earth boleh dimainkan secara percuma di Android dan iOS dan walaupun Microsoft belum bersedia untuk berbincang perincian sistem dagangan game ini, penerbit eksekutifnya Jesse Merriam mengatakan fokus mereka ketika ini adalah gameplay dengan pada masa yang sama akan berpandukan semangat asal Minecraft. Dia mengatakan tidak akan ada loot box, pay to win.
Pada perbincangan kandungan janaan pemain dan keselamatan kanak-kanak daripada mereka yang cuba ekploitasi permainan berdasarkan lokasi game ini, Mirian berkata Microsoft mengambil berat tentang ini dan ianya adalah sebahagian daripada proses pembangunan game ini. Game ini akan didatangkan bersama Xbox Live API yang memiliki ciri perlindungan yang kuat untuk melindungi kanak-kanak dariapada elemen yang tidak dikehendaki. Anak-anak boleh dilindungi dengan menggunakan akaun Xbox Live child.
Pemain kanak-kanak dan ciptaan mereka tidak akan muncul di world map dan akan memerlukan kebenaran spesifik untuk menggunakan ciri-ciri sosial game ini. Pasukan moderation Microsoft yang terlatih juga akan sentiasa bertugas untuk mengambil tindakan kepada kandungan tidak sesuai atau kandungan yang dilaporkan.
Skins daripada versi Bedrock game ini boleh dibawa ke Minecraft Earth tetapi lebih daripada itu belum lagi dirancang buat masa ini. Tetapi jangan harpkan Minecraft Earth ke platform Windows kerana ianya menggunakan teknologi AR Apple dan Google untuk dijalankan.
Kejayaan Microsoft?
Pokemon Go boleh dijadikan penanda aras untuk melihat potensi Minecraft Earth. Secara sendirinya, Minecraft telah dibuktikan sangat popular dan berjaya; kini masih lagi berkembang. Minecraft Earth berpotensi mencekup segmen pemain mudah alih, dengan format AR yang sangat intuitif bakal memperkenalkannya kepada lebih ramai pemain baru yang mungkin memikirnya Minecraft versi asal menyusahkan.
Minecraft Earth akan tiba ke closed beta ke beberapa bandar di Amerika Syarikat musim panas ini sebelum ianya terbit ke seluruh dunia. Setakat ini, tidak ada lagi sebarang jangka masa yang membolehkan kita bersedia untuk menjangkakan ketibaan game ini, tetapi nampak gaya seperti kita tidak perlu menunggu lama.
Sumber: windowscentral
@gamersantaimy
Discussion about this post