Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

miHoYo memperkenalkan jenama HoYoverse untuk barisan game global

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 14, 2022
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
miHoYo memperkenalkan jenama HoYoverse untuk barisan game global
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, miHoYo telah memperkenalkan HoYoverse – jenama baru yang memfokuskan pada semua IP global mereka. Menerusi catatan blog, miHoYo (pencipta Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd) memberikan penjelasan tentang HoYoverse yang dengar ala-ala seperti satu lagi projek “metaverse”.

“Misi kami dalam menubuhkan HoYoverse adalah untuk mencipta dunia maya luas dan dipacu kandungan yang mengintegrasikan game, anime dan pelbagai jenis hiburan lain, serta memberikan pemain kebebasan dan kecemerlangan yang tinggi.”

“Kami akan terus menumpukan pada strategi operasi jangka panjang, penyelidikan teknikal yang konsisten dan inovasi dalam pelbagai bidang, termasuk kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan pembinaan tatacara kerja untuk memastikan kandungan yang mencukupi dicipta demi memenuhi jangkaan pemain di seluruh dunia untuk pengalaman dunia maya.”

kata Haoyu Cai, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HoYoverse.

Halaman YouTube rasmi Genshin Impact juga telah memuat naik semula treler bagi versi 2.5, di mana satu-satunya perubahan ialah logo HoYoverse yang menggantikan logo miHoYo. Ini bukan perubahan jenama tanpa sebab kerana ia datang dengan komitmen yang lebih besar untuk studio luar negara, kerana syarikat sedang dalam proses untuk mengupah lebih banyak pasukan profesional di peringkat global.

“HoYoverse akan mengembangkan tugas produksi kandungan, penyelidikan teknologi dan penerbitan melalui operasi di pejabat Montreal, Los Angeles, Singapura, Tokyo dan Seoul. Dengan bakat dan pekerja global dari seluruh dunia, HoYoverse akan terus menyelidik dan membangunkan teknologi canggih bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan kandungan berkualiti tinggi yang menambah baik dan mengoptimumkan pengalaman pemain.”, kata kenyataan itu.

Satu lagi trivia yang mungkin korang tidak tahu ialah HoYoverse merupakan nama lama untuk Cognosphere, salah satu penerbit luar negara milik miHoYo yang berpangkalan di Singapura.

Untuk segala liputan kami tentang syarikat miHoYo, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamerBraves

Tags: Genshin ImpactHoYoversemiHoYo
Previous Post

YouTube melancarkan NFT supaya orang boleh “membeli video dari creator lain”

Next Post

Review Horizon Forbidden West – Perang manusia vs mesin berterusan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Review Horizon Forbidden West – Perang manusia vs mesin berterusan

Review Horizon Forbidden West - Perang manusia vs mesin berterusan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd