MiHoYo merupakan syarikat permainan video yang bertapak di Shanghai, China dan telah dimulakan oleh 3 orang pelajar dari Shanghai Jiao Tong University pada tahun 2012. Kini syarikat tersebut mempunyai lebih 2400 pekerja dari pelbagai jabatan dan bidang bagi menghasilkan game-game menarik seperti Honkai Impact serta Guns Girl Z. Mereka juga mempunyai sebuah game mobile open-world ARPG yang menjadi fenomena sejak dilancarkan, iaitu Genshin Impact dan menerima kejayaan sebagai permainan mobile terlaris.
Baru-baru ini, MiHoYo telah menyiarkan iklan pengambilan jawatan kosong yang boleh dimohon melalui laman rasmi mereka. Iklan jawatan ini bukan sahaja dibuka pada negara-negara hebat seperti Kanada, Korea Utara dan Jepun, malah ia juga membuka kekosongan di negara Singapura!
Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka oleh MiHoYo di Singapura:
-
Head of Overseas Customer Service – Global Customer Service – Bertanggungjawab terhadap pengurusan kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk memastikan operasi normal perkhidmatan pelanggan.
- Localization Manager – Menguruskan pasukan penyetempatan, kakitangan penyumberan luar dan syarikat untuk memastikan bahawa kerja terjemahan penyetempatan selesai tepat pada waktunya dan berkualiti.
- Data Operation – (Senior) Data Analyst – Lakukan analisis data mengenai projek permainan miHoYo (termasuk analisis mengenai produk permainan, pengkomersialan, operasi, pemasaran, dan lain-lain.)
- Localization – Bertanggungjawab atas kerja sokongan bahasa dari produk siri MiHoYo di luar negara dan Hong Kong, Macao dan pengedaran perkhidmatan Taiwan, termasuk penyetempatan permainan dan komik, sokongan bahasa operasi harian, dan lain-lain.
- Senior Platform Operation Manager (Account & Payment) – Bertanggungjawab untuk operasi akaun dan pembayaran dalam talian, memahami keperluan pengguna, menemui, mengumpulkan, dan menyelesaikan masalah dan senario penggunaan produk pengguna, dan bekerjasama dengan pengurus produk untuk menggilap dan mengoptimumkan produk SDK.
- Senior Product Manager (Payment) – Bertanggungjawab untuk keseluruhan rancangan, perancangan rancangan dan penyampaian produk platform pembayaran syarikat.
- Senior Product Manager (Account) – Bertanggungjawab dalam perancangan produk dan reka bentuk produk sistem akaun MiHoYo.
- Product & Operations Lead (Account & Payment) – Memimpin pasukan produk dan operasi, yang bertanggungjawab untuk perancangan produk, reka bentuk dan operasi dalam talian akaun MiHoYo dan sistem pembayaran.
Jadi apa lagi yang anda nantikan? Peluang bekerja dengan sebuah syarikat yang sangat terkenal dan besar semestinya akan mengharumkan lagi pengalaman anda! Jom mohon sekarang dan cuba mana tahu ada peluang untuk anda bekerja di MiHoYo Singapura!
@gamersantaimy
Discussion about this post