Microsoft yang sentiasa akan hadir dengan benda baru kali ini sekali lagi telah menarik perhatian para-para gamers untuk mendapatkan Game Bar terbaru Windows 10 yang tersedia untuk penguji Beta hari ini.
Pihak Microsoft Phil Spencer mengakui bahawa tahun lepas bahagian perisian Microsoft berusaha untuk menaiktaraf Windows 10 untuk PC gamers. Microsoft kini mula meningkatkan integrasi Xbox di PC dengan pemulihan dan peningkatan yang agak besar untuk ciri-ciri Game Bar di Windows 10.
Game Bar yang dikemas kini termasuk widget yang kelihatan lebih seperti ‘overlay’ yang korang akan temukan dalam pengalaman ‘GeForce Nvidia’. Meningkatkan aspek sosial para streamers game untuk melihat statistik prestasi dan interaksi bersama penonton.
Seperti biasa, semua ciri Game Bar ini boleh diakses dengan menekan kekunci Windows Key+G ketika dalam game. Dan yang pastinya, korang boleh mematikan sepenuhnya Game Bar tersebut bila-bila masa.
Okay, ini antara update dalam Game Bar Windows 10;
Akses Spotify yang cepat (Quick Spotify access)
Korang kini boleh mengawal Spotify untuk Windows 10 tanpa ‘minimize‘ game yang tangah korang main. (muat turun Spotify) Caranya mudah je, tarik Windows 10 Game Bar dan korang dapat mengawal media dan ‘volume mix’ terus dari overlay. Korang juga boleh melayari katalog Spotify dan sekiranya korang mendengar pada speaker atau sistem lain, korang boleh terus tengok dari ‘overlay’ tersebut.
Membuat ‘Meme’ ?
Buat meme? Seriuslah? Ya dengan update Windows 10 Game Bar ni, Microsoft telah mengeluarkan beberapa alat sosial (social widgets). Sebelum ini, korang boleh ‘screenshot‘ dan dengan serta-merta kongsikan ke akaun Twitter korang tanpa meninggalkan game. Tapi feature kali ni pulak, korang dapat edit ‘screenshot‘ korang siap boleh letak meme sebelum kongsikan di Twitter.
UI berasaskan widget yang disesuaikan
Pihak Microsoft turut memberi tumpuan untuk Windows 10 Game Bar ini agar menjadi lebih mudah dan lebih bersesuaian untuk korang. Cuma tekan menu di sebelah kiri untuk mengalihkan atau mematikan aspek yang berbeza (on off toggle). Setiap widget juga boleh dialihkan, dikecilkan dan disematkan (pinned) pada skrin.
Sistem sosial media yang lebih ‘Awesome’!
Isu yang diperkaitkan kepada pihak Microsoft untuk Xbox sebelum ini mengenai akses berhubung bersama kawan-kawan games telah memberi impak yang besar, kebanyakkan pemain telah beralih ke ‘Discord’ kerana ianya lebih cepat dan memudahkan pemain untuk berhubung bersama kawan-kawan.
Oleh sebab itu, pihak Microsoft jelas memdahulukan situasi ini. Pihak Microsoft mengemas kini dan mengeluarkan Xbox Chat (beta) dan Xbox Social (beta). Kedua-dua widget ini menyediakan akses pantas kepada senarai kawan-kawan gaming korang. Widget gaya tab disediakan untuk carian rakan, akses parti, dan berbual. Widget ini juga boleh diselaraskan dan dipindahkan atau dilumpuhkan (disable) sepenuhnya melalui menu tetapan (settings).
Lebih mesra pengguna
Tanggapan yang relatif terhadap respon pemain games PC pada Game Bar ini cukup menarik. Mampu mengakses ‘sound mix’, prestasi grafik dan sistem tangkapan video atau gambar permainan ‘screenshot’ dengan menekan kekunci yang senang diingat dan juga kelajuan yang diperkuatkan untuk sistem sosial Xbox Live adalah sangat menggalakkan.
Maka dengan harapan yang tinggi, pihak Microsoft menanti maklum balas dari pengunna Beta sebelum diperluaskan. Kalau korang nak uji Game Bar ini, korang boleh melakukannya dengan melancarkan Hub Xbox Insider pada Windows 10 PC dan memilih Windows Gaming dari konten insider (insider content).
Sumber: Reddit, Windows Central
@gamersantaimy
Discussion about this post