Super Mario Odyssey yang bergenrekan game platform dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang pula bergenrekan pengembaraan aksi memang telah hadir di Nintendo Switch pada tahun 2017. Kini berita terbaru dari pihak Nintendo berkata bahawa Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild sesuai dimain menggunakan Nintendo Labo VR-kit yang baru saja dilancarkan bulan ini.
Pihak Nintendo telah mengumumkan tarikh untuk korang update secara percuma VR (Virtual Reality) support ni pada 25 April dan Nintendo Labo VR Google boleh mula dibeli pada 20 April ini yang berharga $40.
Kedua-dua game ini mempunyai kompatibiliti yang berbeza, disini video trailer yang telah dikongsikan oleh pihak Nintendo of America di Twitter mereka, jom kita tengok!
Experience 2 beloved games in new ways with the Toy-Con VR Goggles from the #NintendoLabo: VR Kit! https://t.co/be8xudP2PK pic.twitter.com/M0C6w59lIT
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) April 5, 2019
Nampaknya Super Mario Odyssey akan mendapat ‘bite-sized bonus experience’ bersama 1 siri yang akan mempunyai 3 mini games dimana korang boleh ‘collect coin’ dan ‘musical notes’. Menarikkan? Siap ada extra mini games, jadi korang dapat luangkan lebih masa lagi untuk collect semua coin dengan musical notes tu kan.
Manakala The Legend of Zelda: Breath of the Wild ni korang akan dapat ‘full-on support VR’ di dalam permainan utama. Jadi korang boleh hidupkan ‘VR Googles’ ni kat ‘options menu’ dan terokai Hyrule dalam VR. Tapi dikatakan juga bahawa bahagian ‘pre-rendered cut scenes’ tidak dapat dimainkan dalam VR support. Seronok sikit boleh feel-feel macam dalam game kan!
Macam mana? Dah ready nak terokai kedua-dua game ini dalam VR? Jangan lupa beli dan update je nanti okay!
Sumber: Twitter @NintendoAmerica
@gamersantaimy
Discussion about this post