Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mendedahkan maklumat baru tentang game RPG baharu Metaphor: ReFantazio, yang akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2024. Maklumat baru terdiri daripada gameplay – khususnya, Battle System, Archetype, dan lain-lain.

Berikut adalah butiran lengkap:

Sistem Turn-Based Combat

Kredit: SEGA

Lawan musuh dengan sehingga 4 watak dalam parti anda. Semakin jauh dalam jalan cerita, anda boleh memilih daripada 7 watak, jadi gunakan setiap kekuatan mereka kepada kelebihan anda semasa menentukan parti anda.

Dalam pertarungan, protagonis dan rakan-rakan dapat berubah kepada Archetype mereka. Setiap Archetype menggunakan set kemahiran unik yang dapat membantu mengubah arus pertempuran. Gunakan mereka untuk menyasarkan titik kelemahan musuh dengan berkesan. Archetype anda juga datang dengan kelemahan sendiri—jadi buat pilihan dengan bijak.

Kredit: SEGA

Komposisi parti juga memainkan peranan penting. Anda boleh menukar giliran ahli parti, tukarkan mereka dalam pertempuran, atau gerakkan mereka ke hadapan atau belakang.

Fae Sight: Dengan bantuan fairy Gallica, anda akan dapat mengesan tahap bahaya musuh di sekeliling anda.

Fast Battle: ialah cara yang berkesan untuk menentang musuh peringkat rendah yang telah kita lawan sebelum ini. Kunci musuh anda, lari dan elak mereka semasa anda meneroka, atau bunuh mereka sekaligus.

Squad Battle: Apabila Gallica mengenal pasti musuh berwarna kuning atau merah dengan Fae Sight, musuh ini boleh menimbulkan ancaman kepada parti anda, jadi sentiasa berjaga-jaga. Serang mereka berulang kali dalam Fast Battle lalu beralih kepada Squad Battle untuk menamatkan pertarungan.

Kredit: SEGA

Game ini mempunyai tahap kesukaran yang tinggi, tetapi jika terlalu mencabar, anda tidak perlu risau, kerana anda akan dapat mengubah kesukaran game secara bebas pada bila-bila masa.

Archetype

Kredit: SEGA

Anda dan rakan-rakan akan membangunkan Archetype, kuasa penjelmaan heroik, semasa menghadapi pelbagai jenis kesukaran, eratkan ikatan, dan membina hubungan sebagai satu pasukan dalam perjalanan.

Banyak jenis Archetypes wujud, masing-masing mempunyai kebolehan dan sifat mereka sendiri. Seeker adalah pahlawan serba boleh, Mage pula cemerlang dalam menyasarkan kelemahan musuh dengan sihir mereka, manakala Thieves mahir merompak.

Kredit: SEGA

Luaskan pilihan dengan membuka Archetype baharu untuk rakan-rakan. Guna cara terbaik untuk menangani dungeon dan musuh yang akan ditemui, kemudian pakai Archetype yang sesuai. Dengan komposisi pasukan yang bagus, anda akan dapat mengatasi musuh yang lebih kuat.

Kredit: SEGA

Bertemu macam-macam jenis orang sepanjang perjalanan anda. Membina hubungan yang kuat dengan mereka boleh mengubah mereka menjadi pengikut berharga yang akan menyokong anda dalam usaha untuk menjadi raja. Anda juga boleh buka Archetype dan kebolehan baharu.

Kredit: SEGA

Dengan berinteraksi bersama pengikut-pengikut ini, anda akan membuka substory. Ini membenarkan anda melihat sekilas tentang latar belakang mereka. Setiap pengikut mempunyai kisah dan masa lalu mereka sendiri yang boleh kita tempuhi untuk dapatkan ganjaran berharga.


Metaphor: ReFantazio akan dikeluarkan di Xbox Series X|S, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam pada 11 Oktober 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battle SystemMetaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Tougen Anki Akan Datang Tahun 2025, Kisah Oni Lawan Momotaro

Next Post

Artis Kengan Ashura Anggap Terjemahan Rasmi Terlampau Teruk, Lagi Sokong Terjemahan Peminat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Artis Kengan Ashura Anggap Terjemahan Rasmi Terlampau Teruk, Lagi Sokong Terjemahan Peminat

Artis Kengan Ashura Anggap Terjemahan Rasmi Terlampau Teruk, Lagi Sokong Terjemahan Peminat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd