Artis Kengan Ashura, Daromeon, mendedahkan bahawa penterjemahan rasmi Bahasa Inggeris, yang sepatutnya manga gunakan, terlampau teruk dan tidak natural sehingga dia memaksa pihak penerbit untuk mengupah kumpulan penterjemah haram untuk mengerjakan manga tersebut.
Berita ini didedahkan oleh Daromeon di media sosial X. Dia berkata:
“Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Kengan agak unik, jadi kami memutuskan untuk menyerahkannya kepada sekumpulan amatur yang menterjemahnya tanpa kebenaran dan memuat naiknya secara haram. Terjemahan mereka jauh lebih baik daripada terjemahan rasmi.”
“Ia akan menjadi agak buruk jika mereka menggunakan versi rasmi. Tiada siapa yang akan membacanya. Saya rasa terdapat banyak karya yang tidak mendapat sambutan di luar negara kerana isu terjemahan. Saya tertanya-tanya bagaimana keadaan itu dengan AI.”
Dia menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci melalui temu ramah bersama Bounding Into Comics, di mana artis Kengan Ashura itu berkata:
“Terjemahan pertama yang saya lihat cukup bagus sebagai terjemahan, seperti ia dibuat sebagai sebahagian daripada peperiksaan Bahasa Inggeris untuk sekolah, tetapi ia tidak natural untuk baca. Saya terpaksa mencetak kedua-dua, perkara yang mereka tunjukkan kepada saya dan versi cetak rompak, dan tunjukkan kepada editor saya secara bersebelahan untuk menerangkan betapa lebih lancar terjemahan peminat berbanding salinan ‘rasmi’.”
Comikey (syarikat yang menguruskan Kengan Ashura Bahasa Inggeris) kemudian mengesahkan dengan Bounding into Comics bahawa “terjemahan awal untuk Kengan yang dibincangkan di sini tidak dilakukan oleh pasukan penterjemah Comikey, tetapi merupakan terjemahan AI yang dilakukan oleh Mantra.”
Bagi mereka yang tidak tahu, Kengan Ashura ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Yabako Sandroovich dan diilustrasikan oleh Daromeon. Ia disirikan di laman web Ura Sunday terbitan Shogakukan dari April 2012 hingga Ogos 2018. Sekuelnya, bertajuk Kengan Omega, bermula pada Januari 2019. Ia diadaptasikan menjadi siri anime dan ditayangkan pada Julai 2019 di Netflix diikuti oleh musim pada September 2023.
Sinopsis
Sejak zaman Edo, syarikat paling berpengaruh di Jepun telah menyelesaikan konflik mereka melalui pertempuran gladiator tanpa senjata yang kejam. Bagi memudahkan perlawanan ini, sebuah pertubuhan bawah tanah yang dikenali sebagai Kengan Association telah diwujudkan.
Ohma Tokita, seorang lelaki yang digelar “The Ashura,” berusaha untuk menjadi pahlawan terkuat. Untuk berbuat demikian, dia menjadi pahlawan Kengan untuk sebuah syarikat bernama Nogi Group. Tidak lama selepas itu, Kazuo Yamashita, seorang pekerja, diminta untuk menjadi pengurus Ouma. Kini dilemparkan ke dalam arena yang mengerikan, adakah pasangan ini dapat bertahan dalam dunia Kengan yang kejam?
@gamersantaimy
Discussion about this post