Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Meow! Streaminglah gaya paling comel dan bermain game bersama bunyi padu dengan Razer Kraken Kitty Edition!

Dah habis comel kami dengan Headphone ni okay! Meow!

Nyny.A by Nyny.A
November 28, 2019
in Artikel, Berita, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Meow! Streaminglah gaya paling comel dan bermain game bersama bunyi padu dengan Razer Kraken Kitty Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Perubahan antara tahun untuk pelbagai produk gaming makin kelihatan, sama juga seperti Headphone gaming, dahulu besar, dan kebanyak dalam warna yang sama. Kini headphone makin menyerlah dengan warna lampu LED RGB, bunyi makin padu sampai satu tapak musuh dalam permainan pun boleh dengar dengan jelas. Tetapi, Razer memperbaharui lagi Headphone mereka kepada sesuatu yang lebih unik dan comel! Memperkenalkan  Razer Kraken Kitty Edition yang tersangatlah comel bersama telinga kucingnya, warna lampu RGB yang menarik serta bunyi yang tidak terkata!

Razer Kraken Kitty Edition adalah headphone gaming berwayar USB dengan pencahayaan yang disesuaikan, Audio THX Spatial, kusyen telinga penyejukan-gel yang hebat serta lembut dan beberapa ciri penumpuan yang hebat.

Okay sebelum teruskan lagi, anda kena lihat video ini;

Reka Bentuk sudah semesti comel! MEOW!

Sekali je lihat Razer Kraken Kitty Edition, kita dapat tahu bagaimana ia mendapat namanya. Model yang kami dapat untuk direview kali ini adalah warna merah jambu atau nama modelnya adalah ‘Quartz’ yang tersangatlah comel terutama untuk streamer-streamer perempuan kerana ia mempunyai dua telinga kucing RGB yang muncul dari ikat kepala. Terdapat juga pilihan warna hitam jika anda tidak mahukan model Quartz, tetapi jujur, Quartz sememangnya akan menjadi pilihan warga-warga perempuan gamers.

Sekiranya anda tahu Razer Kraken, kebanyakan reka bentuk siri ini mesti anda tahu juga kan. Cawan telinga mempunyai Logo Razer di kedua-dua belah bahagian dan keduanya ada cahaya RGB. Terdapat juga cahaya RGB akan berdenyut pada setiap cawan telinga di sekitar Logo Razer. Seluruh bahagian luar alat dengar berwarna merah jambu dan ianya dibuat dengan plastik, bahagian band adalah logam, yang bermaksud ia tidak akan senang patah atau rosak sekiranya anda menjatuhkannya.

Seluruh padding berwarna kelabu, yang merupakan pasangan yang ganjil untuk bahagian luar merah jambu, tetapi ia tetap nampak menarik dengan kombinasi warna yang baru. Padding itu sendiri tersangat lembut, dan pad telinga mempunyai gel penyejuk di dalam yang akan menghalang anda daripada terlalu berpeluh semasa menggunakanya masa tengah saat-saat genting permainan.

Razer Kraken Kitty Edition hanya mempunyai satu butang yang mengawal Audio Spatial THX, serta dail volum. Itu nampak terhad, kerana headphone ini bukanya wireless jadi tidak perlu banyak butang untuk dikawal. Nak mute Mic pula, senang tolak sahaja kedalam headphone dan mute la dia.

Dan ye, anda tak salah baca, mic tu boleh ditarik ditolak dan paling penting jangan risau kerana ianya teguh! Berbeza dengan headphone lain, ada yang senang patah, putus dan seangkatanya lah. Ianya sangatlah berguna dengan boleh ditarik dan ditolak serta tersimpan di cawan telinga.

Semua pencahayaan dikawal di Razer Synapse, yang tidak terlalu mengejutkan, tetapi anda perlu memuat turun satu lagi perisian jika anda ingin memanfaatkan ciri-ciri yang lebih unik yang ditawarkan.

Seperti yang disebut diatas, titik perhatian Razer Kraken Kitty Edition pasti menarik ramai streamer kerana anda akan berinteraksi dengan peranti itu. Melalui App Companion Razer’s Streamer, anda boleh menyambungkan akaun Twitch atau Streamlabs anda untuk berinterksi melalui strim anda. Contohnya, apabila anda dapat follower, anda boleh mengkonfigurasi Razer Kraken Kitty Edition untuk mengeluarkan kesan lampu yang dapat dilihat oleh penonton anda dalam masa nyata.

Prestasi~Tak perlu cakap banyak memang menarik!

Razer Kraken Kitty Edition tidak dapat dinafikan lagi sebagai satu alat gaming yang menarik, walaupun jika ia tidak berkualiti baik tetapi nasib baik, ia merupakan alat yang terbaik!! Headphone ini dilengkapi pemacu 50mm, adi tidak menghairankan bahawa ia kedengaran hebat untuk kebanyakan kandungan. Sebagai bonus untuk kaki gaming, ianya juga tidaklah teruk untuk mendengar lagu! Tak mengapa, sebab ita pun dah biasa headphone gaming selalu akan memberikan utama bagi pendengaran bass nya.

Bunyi yang keluar ternyata bagus dan seimbang. Jadi dah bosan stream, anda nak dengar lagu atau tengok filem pun tak ada masalah! Dari segi bermain game, tak perlu berdalih, memang semua permainan yang kami cuba padu bunyinya! Kami cuba main PUBG dan Apex Legends, tapak kaki pun boleh dengar dengan jelas! Bukan itu sahaja, kami mencuba micnya dan bercakap dengan rakan disebelah kami, nyata suara anda memang kedengaran sedap ye!

Kesimpulanya~

Razer Kraken Kitty Edition sebenarnya boleh menjadi salah satu headphone yang terbaik di luar sana buat masa sekarang. Harganya berpatutan dengan kualitinya dan memang memuaskan dan ianya berharga RM 739. Ia berada di pertengahan skala harga dan juga ianya bukan wireless. Dan itu menampakan kualiti berwayarnya lebih padu dari separuh headphone wireless yang lain yang cepat rosak.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan Razer Kraken Kitty Edition di mana-mana kedai sah Razer atau di atas talian yang anda boleh rujuk senarainya di laman web kami. Lepas ni boleh la Bermeow bersama penonton!
Tags: razerRazer KrakenRazer Kraken Kitty EditionRazer Kraken Kitty Edition Review
Previous Post

RAZER DAN ATLET ESPORTS KINI TELAH BERSEDIA UNTUK SEA GAMES 2019!

Next Post

Gamers Hideout mengadakan promosi Black Friday istimewa! Dapatkan Nintendo Switch Lite pada harga eksklusif RM599!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Gamers Hideout mengadakan promosi Black Friday istimewa! Dapatkan Nintendo Switch Lite pada harga eksklusif RM599!

Gamers Hideout mengadakan promosi Black Friday istimewa! Dapatkan Nintendo Switch Lite pada harga eksklusif RM599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd