Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!

Maira by Maira
June 30, 2022 - Updated on July 3, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu projek kajian telah dilakukan oleh Broadband Choices untuk mencari siri anime mana yang paling popular di dunia dengan menggunakan carian di Internet. Pasti ramai yang menjangka bahawa siri kegemaran seperti One Piece, Demon Slayer dan Naruto akan ada dalam senarai tersebut. Anda tidak salah kerana Naruto merupakan siri anime yang paling banyak dicari dan ini menjadikannya anime paling popular di dunia!

Kajian ini telah dilakukan menggunakan data carian daripada 146 negara untuk mendapatkan siri anime paling popular di dunia. Ternyata Naruto telah bangkit menjadi anime popular pertama dalam senarai untuk 93 buah negara. Walaupun sudah lama siri ini tamat, nampaknya masih ramai lagi yang mencarinya. Berkemungkinan besar ia juga dicari kerana anime Boruto atau peminat anime baru. Anda mesti ingin tahu senarai penuh anime popular itu kan? Anda boleh lihat senarai tersebut dibawah!

  1. Naruto
  2. Pokémon
  3. Demon Slayer
  4. Jujutsu Kaisen
  5. One Piece
  6. Attack on Titan
  7. My Hero Academia
  8. Death Note
  9. Naruto Shippuden
  10. Dragon Ball
Sumber: Broadband Choices

Dahsyat juga penangan anime Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen. Sampai kalah One Piece dibuatnya. Ingin tahu benda menarik lain? Keputusan data carian anime untuk Malaysia juga telah diberikan oleh Broadband Choices. Berikut adalah lima siri anime paling banyak dicari oleh peminat anime Malaysia:

  1. Demon Slayer
  2. Naruto
  3. Jujutsu Kaisen
  4. One Piece
  5. Pokémon

Pelik juga bila siri anime seperti Dragon Ball tidak tersenarai. Padahal ramai juga peminat siri itu di Malaysia. Nampaknya lebih ramai yang sukakan Tanjiro dan kawan-kawannya berbanding Goku. Anda juga boleh lihat keputusan untuk negara lain di laman web Broadband Choices. Boleh tahan juga usaha mereka yang terlibat dalam projek ini. Siap tapis semula siri anime daripada MyAnimeList dan Anime News Network dan bandingkan keputusan untuk semua negara terlibat.

Apa pula komen anda mengenai ranking ini? Boleh kongsikannya di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: animepopular
Previous Post

[Khabar Angin] Spellbreak ditutup kerana studio diambil alih oleh Blizzard

Next Post

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd