Terlalu banyak tokoh untuk kita idolakan semasa membesar dan ia lebih mustahil untuk kira semua bilangan “role model” untuk kanak-kanak pada zaman ini. TETAPI menurut kajian baru, nampaknya francais Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah menjadi sangat popular di kalangan kanak-kanak sehingga mereka lebih sukakan watak-watak ini berbanding ibubapa sendiri!
Baru-baru ini, sebuah tinjauan dilakukan di Jepun oleh syarikat pendidikan dan penerbitan Benesse. Sebanyak 7,661 kanak-kanak (5,170 kanak-kanak perempuan dan 2,491 kanak-kanak lelaki) daripada “third hingga sixth grade” ditanya tentang apa yang paling mereka suka pada tahun ini. Kanak-kanak tersebut juga mengundi orang yang paling mereka kagumi, di mana majoriti kanak-kanak memilih Kamado Tanjiro. Berikut adakah keputusan 10 teratas:
- Kamado Tanjirō
- Ibu saya
- Kocho Shinobu
- Guru saya
- Ayah saya
- Tomioka Giyū
- Kamado Nezuko
- Rengoku Kyōjuro
- Agatsuma Zenitsu
- Tokito Muichiro
Kajian mengatakan sekitar 30% kanak-kanak undi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba adalah perkara terbaik buat tahun 2020 untuk mereka. Sudah tentu, itu bermaksud sebilangan besar kanak-kanak juga mengakui mereka mengagumi Tanjiro. Sebenarnya, senarai 10 teratas majoriti dipenuhi oleh watak-watak Kimetsu no Yaiba. Satu-satunya pengecualian adalah ibu, bapa, dan guru. Ibu muncul di tempat kedua dalam senarai, tetapi ayah menduduki tempat kelima. Ayah malah tertewas oleh guru yang berada di kedudukan keempat. Selebihnya ialah watak-watak daripada Kimetsu no Yaiba.
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba adalah satu fenomena yang besar di Jepun. Manga-nya sahaja telah menjual lebih daripada 82 juta salinan pada tahun lalu sahaja dan berjaya memecahkan hampir setiap rekod penjualan di luar negara. Baru-baru ini, francais ini mengeluarkan filem anime pertamanya, dan dijangka akan menjadi filem terlaris di Jepun untuk mengalahkan Spirited Away.
Sumber – ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post