Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menu berinspirasikan Digimon di Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna Meeting Cafe! Serta item-item eksklusif!

Kafe ini akan diadakan di Akihabara & Namba bermula Februari 7.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Menu berinspirasikan Digimon di Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna Meeting Cafe! Serta item-item eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah tiba masanya untuk mencuba beberapa menu unik di Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna Meeting Cafe yang akan datang. Diumumkan pada 28 Januari, kafe ini akan diadakan di Ani ON STATION di Akihabara, Tokyo, dan Namba, Osaka dari 7 Februari hingga 5 April. Visual utama untuk kafe itu dikeluarkan menunjukkan versi watak-watak filem Last Evolution Kizuna dalam key art yang dikemaskini daripada poster asal.

 

1 of 2
- +

Bagi bahagian pertama operasi kafe sehingga 5 Mac, menu kafe akan berdasarkan pada siri animasi pertama dengan makanan, minuman, dan barangan yang merujuk kepada filem akan datang daripada siri anime asal.

 

1 of 3
- +

Selepas membeli minuman, anda dapat menggunakan aplikasi telefon pintar COCOAR2 untuk menghidupkan ilustrasi watak (AR). Anda juga dapat hadiah Digi-Vice yang kita idamkan sejak kecil.

Apabila masuk ke kafe, anda akan diberi tiket yang boleh digunakan di Jukebox kafe untuk memilih lagu kegemaran anda daripada siri. Tiket di atas diberikan secara rawak dan menampilkan adegan daripada siri asal anime. Sekiranya anda pergi ke kafe selepas tayangan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna pada 21 Februari (Jepun) dengan tiket daripada filem, anda akan menerima tiket tambahan untuk Jukebox. Barangan eksklusif juga dijual dan menampilkan DigiDestined asal dalam visual di atas. Ini termasuk lencana magnet, album foto, acrylic stand, dan rantai kunci jenis Digi-vice.

 

1 of 3
- +

Dari 6 Mac, menu dan barangan baru akan mula dijual di kafe yang memaparkan DigiDestined dari Digimon Adventure 02. Maklumat lanjut mengenai ini akan didedahkan pada tarikh lain.

Dalam tiga hari pertama, kafe hanya akan menerima pra-tempahan, tetapi dari 10 Februari, anda boleh pergi ke kafe tanpa tempahan. Ia dibuka dari 7 Februari dan berlangsung hingga 5 April. Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna akan mula tayangan di Jepun pada 21 Februari dengan keluaran di Malaysia pada 16 April.

Tags: animeCafedigimonDigimon Adventure: Last Evolution Kizuna Meeting CafeLAST EVOLUTION KIZUNA
Previous Post

Tersenyum gembira pemain GTA V online dan Red Dead online dengan BONUS PERCUMA dari Rockstar!

Next Post

[Review] Dengan prestasi PC yang hebat, Monster Hunter World: Iceborne memang mengagumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Review] Dengan prestasi PC yang hebat, Monster Hunter World: Iceborne memang mengagumkan!

[Review] Dengan prestasi PC yang hebat, Monster Hunter World: Iceborne memang mengagumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd