gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Temuramah

Mengenali set baru D&D: Dragons of Stormwreck Isle – Interview bersama Natalie Egan & Shelley Mazzanoble

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2022
in Artikel, Berita, Board Game, Real time strategy, Temuramah
0 0
0
Mengenali set baru D&D: Dragons of Stormwreck Isle  – Interview bersama Natalie Egan & Shelley Mazzanoble
Share on FacebookShare on Twitter

Dungeons & Dragons atau lebih dikenali sebagai D&D sentiasa menarik pemain baru setiap tahun, tidak kira umur atau negara. Sempena itu, Wizard of the Coast mengeluarkan Starter Set baru bernama Dragons of Stormwreck Isle yang boleh dicuba oleh beginner. Bagi mereka yang teringin untuk cuba, jami kebetulan berpeluang dapat interview bersama Natalie Egan – Product Manager di D&D Studio dan juga Shelley Mazzanoble – Senior Brand Manager untuk menjelaskan serba sedikit tentang set terkini Dungeons & Dragons.

Natalie Egan (Kiri) // Shelley Mazzanoble (Kanan)

Bolehkah anda menjelaskan tentang kandungan digital yang disediakan untuk pemain baru?

Shelley: Kami akan melancarkan hub untuk pemain baru apabila kami melancarkan set starter baru. Kami akan menyediakan serangkaian content untuk pemain baru dan Dungeon Master pada masa yang sama. Sama ada anda baru bermula D&D melalui set starter terkini atau sebaliknya, kami akan memberikan anda semua alatan yang diperlukan untuk bantu memulakan pengembaraan anda dalam dunia D&D.

Di situ ada rulebook (buku peraturan), akan ada kod QR dengan pautan yang kata “Hei, anda perlukan sedikit panduan tambahan, datang ke hub pemain baru ini”. Ini adalah untuk orang yang ingin mengetahui pelbagai perkara tentang dunia D&D seperti abiliti atau watak. Kami mempunyai tutorial video yang dibuat untuk membimbing pemain, ia sangat bermaklumat dan menyeronokkan.

Kami juga mencipta demo interaktif di mana pemain boleh mempelajari asas-asas D&D dalam masa 15 minit sahaja. Pemain akan mempunyai pengalaman yang menyenangkan dan dibimbing dengan baik. Terdapat kelas yang berbeza dengan pelbagai babak/situasi, penerokaan dan ini merupakan cara yang bagus untuk membuat orang memahami game.

Ini adalah peluang yang baik untuk pemain lebih kasual untuk duduk di belakang tabir dan cuba menguasai dungeon buat kali pertama, kami boleh mengesahkan bahawa kami mempunyai sokongan untuk Dungeon Master baru, sama ada mereka pernah merasainya atau tidak.

Semua alatan ini akan diterjemahkan menggunakan bahasa bergantung di mana starter set itu dibeli.

Bagaimana pula dengan alatan yang yang boleh membantu orang menjadi DM (Dungeon Masters) dalam starter set?

Shelley: Kami sedang membuat video tutorial yang masih dalam pembangunan pada masa ini. Apa yang kami mahu lakukan ialah membimbing Dungeon Masters melaluinya. Langkah demi langkah dan kami akan menggunakan kandungan dari starter set supaya mereka mempunyai pengembaraan yang menarik dengan menonton video dan berkata ‘Bersedia DM! Inilah yang berlaku, pemain akan berada di sini tidak lama lagi, jika mereka memilih pilihan ini, inilah yang akan mereka lakukan”.

Sebagai cerita, anda adalah DM dan semunya terpulang kepada anda. Semua idea pastinya lebih mencabar untuk DM tetapi dengan cara lebih mudah dipelajari, yang membantu mereka menyakinkan diri supaya boleh mengemudi dunia yang ditawarkan selancar mungkin.

Natalie: Pengembaraan itu ditulis sambil mengambil kira ahli DM yang kali pertama cuba. Dungeon telah ditulis dengan persediaan yang minimum supaya ia tidak terlalu sukar untuk DM baru.

Shelley: Kami juga memiliki tutorial tentang cara untuk membaca blocks stat yang dianggap susah oleh para pendatang baru.

Apa perbezaan set Dragons of Stormwreck Isle, jika dibandingkan dengan set yang dikeluarkan sebelum ini?

Natalie: Sejak awal produk ini keluar, matlamat kami adalah untuk mencipta pengenalan yang baik dan sesuai untuk orang yang baru mengenali DM. Kami telah mendapat maklum balas selama 8 tahun daripada peminat untuk starter set. Kami cuba mendengar semua maklum balas dan memasukkannya ke dalam starter set ini dan menjadikannya semudah mungkin untuk difahami.

Shelley: Dan disana ada banyak Naga (Dragon)!

Ciri-ciri box art sangat serupa dengan watak kartun tahun 80-an. Adakah itu canon?

Natalie: Saya tidak boleh bercakap tentang itu, tetapi saya akan kata betul, semua karya seni dalam starter set diilhamkan oleh watak kartun 1980-an kami yang hebat. Walaupun sudah ketinggalan zaman, mereka adalah inspirasi yang menyeronokkan untuk pemain dalam generasi baru kami.

Sekarang seperti masa yang sesuai untuk mengeluarkan starter set baru memandangkan ramai orang nampaknya sudah memasuki alam permainan tabletop selepas dua tahun kuarantin. Apakah pendapat anda tentang itu?

Natalie: D&D mengubah hidup saya dan saya sangat teruja untuk berkongsi kegembiraan itu dengan semua orang. D&D boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dan starter set ini akan membantu menyebarkan keseronokan.

Shelley: Saya tidak suka keadaan di mana orang-orang tidak boleh pergi ke mana saja sejak dua tahun lalu. Tetapi saya berbesar hati dan gembira kerana D&D telah memastikan orang ramai sentiasa berhubung.

Setuju dengan Natalie, D&D adalah untuk semua orang dan telah mengubah hidup saya. Saya mendengar begitu banyak cerita daripada orang tentang bagaimana permainan ini telah membantu mereka. Setakat yang kami tahu, semakin ramai orang bermain, semakin seronok untuk dinikmati.

Apakah rancangan anda untuk membuat lebih ramai orang berminat dengan D&D?

Shelley: Saya ingin memberitahu anda tentang pemerolehan yang baru kami mulakan pada musim gugur. Di Amerika Syarikat, kami telah melancarkan kurikulum pembelajaran untuk gred 4-6 dan 7-8 yang merupakan cita-cita Natalie dan saya. Kami teruja untuk memperkenalkan D&D kepada generasi akan datang dan mengajar merela melalui game D&D yang menyeronokkan.

Semua bahan pembelajaran ini akan tumpu pada mencipta generasi story teller seterusnya dan perkara yang membuatkan mereka gembira untuk bekerja sebagai satu pasukan dan membuat cerita mereka sendiri. Ia akan mula dilancarkan pada musim luruh ini. Guru kami telah melengkapkan kurikulum, jadi ini boleh menjadi cara yang bagus untuk memperkenalkan D&D kepada khalayak yang lebih luas dan membuat kanak-kanak teruja untuk mempelajari tentang Dungeons & Dragons.

Apabila mereka bersemangat tentang D&D, mudah-mudahan mereka akan pergi ke perpustakaan sekolah dan melihat poster cantik yang bertulis ‘Mahu menyertai kokurikulum/kelab D&D?’ kerana kami telah mengeluarkan semula kit untuk pelajar sekolah. Jadi apabila di perpustakaan atau selepas sekolah, kami boleh menyediakan kit untuk memberikan semua yang diperlukan untuk mengendalikan kelab, termasuk starter set, panduan untuk beginner dan poster baru yang cantik.

Saya sangat teruja untuk melihat generasi muda kita menikmati permainan yang menarik ini dan itu termasuk pendidikan dan aktiviti sosial yang termasuk sekali.


Maka, tamatlah interview kami untuk kali ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Natalie Egan dan Shelley Mazzanoble kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Sehingga kita berjumpa lagi!

Pelbagai content menanti anda dalam set D&D: Dragons of Stormwreck Isle! Khas untuk pemain baru, starter set ini akan memudahkan segala urusan termasuk memberi kita watak yang sudah ditetapkan dan pengembaraan untuk kita gemari serta-merta. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila tekan pautan ini.

Untuk segala liputan kami tentang D&D, sila tekan sini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: D&DDragons of Stormwreck Isleinterview
Previous Post

Senarai “Steam Top Seller” semasa Hari Raya, game terhangat buat masa sekarang

Next Post

Demon Slayer: Kenapa Nezuko ditukar menjadi demon oleh Muzan?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
Demon Slayer: Kenapa Nezuko ditukar menjadi demon oleh Muzan?

Demon Slayer: Kenapa Nezuko ditukar menjadi demon oleh Muzan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In