Dengan keluaran kolaborasi terbaru untuk permainan kad Magic: The Gathering (MtG) tidak lama lagi, Wizards of the Coast SEA telah menganjurkan satu lagi acara pra-lancar, kali ini untuk expansion Lord of The Rings: Tales of Middle-Earth dan menjemput kami. Sudah pasti kami tidak menolak dan datang ke acara dengan penuh azam untuk mencari “cincin legenda”.
Inilah pengalaman kami di acara pra-lancar MtG: Lord of the Rings!
Tiba di lokasi acara, saya mendapat tahu bahawa seorang pengunjung bertuah akan menerima kad paling khas dalam pek iaitu “The One Ring” – jadi saya tertanya “siapa yang bernasib baik hari ini dan membawa pulang kad itu.”
Sebelum permulaan aktiviti, tetamu dapat melihat senarai barangan istimewa bertemakan Lord of the Rings- termasuk pelbagai dek Commander dan dek Starter untuk pemain baharu.
Selepas itu, semua orang menghadiri pembentangan oleh Kenneth Ong, Pengurus Jenama Serantau untuk Wizards of the Coast SEA; yang bercakap tentang kerjasama The Lords of the Ring dan Magic: The Gathering. Sambil menerangkan ciri-ciri unik tentang set ini, mereka turut mempamerkan seni alternatif berdasarkan watak-watak penting termasuk Sauron.
Selesai sahaja semua itu, semua tetamu jemputan diminta untuk menyertai sesi “ice breaking”. Untuk aktiviti ini, kami perlu berpura-pura menjadi Orc, dan cuba membongkarkan identiti Hobbit yang menyorok di kalangan kami. Penuh dengan soalan “ya atau tidak”, kami masih tidak dapat jawapan dan akhir sekali, memilih seorang untuk membuat keputusan terakhir. Malangnya, kami gagal menangkap Hobbit licik itu.
Memandangkan semua orang sudah cukup selesa, langkah seterusnya ialah untuk membuka kad kami! Saya jangka ada yang berjaya memperoleh kad The One Ring tetapi tiada siapa yang dapat. Kini, para pemain fokus untuk membina draf yang kuat bagi dek mereka termasuk saya.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang cara cepat untuk membina dek anda ketika (1) kesuntukan masa dan (2) anda tidak begitu mahir dalam Magic: The Gathering.
Pertama sekali, tentukan warna untuk menjadi fokus utama. Di acara, saya memilih kombinasi Jund (Red, Green, Black). Kedua, cari satu mekanik dan berpegang padanya. Saya suka abiliti Amass Orcs, yang membolehkan anda kumpul counter pada Army Token, dengan potensi untuk mewujudkan satu kuasa besar. Ini bukanlah mekanik yang menjaminkan kemenangan tetapi sekurang-kurangnya saya ada peluang untuk berlawan.
Seperti saya kata tadi, sekurang-kurangnya seorang pemain di acara itu akan memenangi The One Ring dan kad itu terbukti cukup kuat. Secara umum, kad ini akan memberi menawarkan ‘draw power’ yang tinggi tetapi kosnya adalah ia akan mengurangkan nyawa kita pada setiap pusingan.
Selain itu, terdapat juga mekanik baharu, The Ring Tempts You – di mana salah satu makhluk anda akan mengambil Cincin, lalu memperoleh abiliti baharu seperti dinaik taraf kepada status Legendary dan banyak lagi.
Jika anda suka The Lord of the Rings ataupun Magic: The Gathering, ada banyak perkara untuk digemari dalam set Tales From Middle-Earth akan datang. Malah, Wizards of the Coast SEA bakal menganjurkan Launch Party di Paradigm Mall pada 1 dan 2 Julai, di mana anda akan dapat mencuba pelbagai mini-game serta mendapat merchandise eksklusif.
Set MtG: Lord of the Rings akan mula dijual pada 24 Jun di kedai permainan tempatan dan kedai dalam talian! Terima kasih kepada rakan-rakan di Wizards of the Coast SEA kerana memberi peluang ini kepada kami untuk mencuba set baharu.
Untuk baca segala liputan kami tentang MtG, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post