Memandangkan Marvel’s Spider-Man 2 telah pun siap dibangunkan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi, penulis Spider-Man 2, Nick Folkman mengumumkan di Twitter-nya bahawa dia kini beralih kepada Marvel’s Wolverine.
Me this week
b/c I’ve wrapped up my work on Spider-Man 2 and am now writing on Wolverine! 🔪🔪🔪 pic.twitter.com/kPGgjBJPNY— Nick Folkman (@nickfolkman) June 13, 2023
“Saya telah menyelesaikan kerja saya di Spider-Man 2 dan kini menulis di Wolverine!”, katanya di Twitter.
Diumumkan sejak tahun 2021, kita masih tidak didedahkan dengan sebarang kemas kini mengenai Marvel’s Wolverine sehingga kini. Kemas kini terbaru daripada Nick Folkman akhirnya mendedahkan yang dia kini sedang mengusahakan jalan cerita Marvel’s Wolverine yang bakal dilancarkan di PlayStation 5.
Nick Folkman sebelum ini telah banyak membantu Insomniac Games menghasilkan game seperti Marvel’s Spider-Man 2 dan Rachet & Clank: Rift Apart. Insomniac Games adalah sebuah studio game yang telah mencipta nama dengan melancarkan pelbagai game terutama sekali dalam francais Ratchet & Clank.
Selepas dapat kepercayaan daripada Sony atas kejayaan game Marvel’s Spider-Man, Insomniac Games kini diberi kepercayaan untuk membangunkan sebuah game yang menampilkan watak yang lebih matang iaitu Wolverine.
Buat masa sekarang, kita masih tidak mempunyai sebarang kemas kini mengenai game tersebut dan mungkin kita boleh mengharapkan yang mereka akan memberikan kemas kini pada tahun hadapan.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post