Hari ini, 505 Games telah mengumumkan bahawa game free-to-play mecha first-person shooter “Hawken Reborn” akan dikeluarkan untuk PC secara Akses Awal melalui Steam pada 17 Mei. Buat mereka yang mencari game percuma dan berminat dengan genre shooter, korang boleh cuba game ini nanti bila ia dikeluarkan secara rasmi.
Sinopsis:
Selamat datang ke dunia Illal, sebuah planet yang pernah dianggap sebagai utopia masa depan manusia, tetapi kini bertukar menjadi distopia suram yang didorong oleh rasuah dan ketamakan korporat. Gejala terraforming (mengubah bentuk planet) haram telah meracuni atmosfera dan kemalangan yang dahsyat telah melahirkan “Giga”, wabak nanite yang memusnahkan separuh planet.
Jadi seorang juruterbang upahan, hadapi bahaya Illal bersama mecha anda, memperoleh kemasyhuran, kekayaan dan sumber untuk mencapai kebenaran di sebalik pembohongan.
Walaupun free-2-play, game ini masih menawarkan banyak kandungan. Sebagai contoh, anda boleh menyertai peperangan mecha dan mempelajari lebih lanjut tentang dunia Hawken menerusi enam misi yang disediakan khas untuk kempen semasa. Manfaatkan mecha anda dan berjuang bersama watak baharu untuk memahami kisah yang tersembunyi jauh di dalam Illal.
Selain itu, cuba Radio Mission untuk mendapatkan skrip dan sumber bagi menguatkan mecha anda. Namun, hati-hati kerana semakin lama anda berada di luar, musuh akan menjadi lebih keras. Dapatkan apa yang boleh dan kembali ke pangkalan – jika mecha anda jatuh, anda akan pulang ke Hangar tanpa apa-apa.
Dengan sumber ini, bina model mecha gred tentera (dikenali sebagai ‘Axes’) dengan rangka pelan dan sistem naik taraf serba baharu yang menampilkan pilihan power-up yang mendalam untuk senjata dan komponen utama.
Buat masa ini, Hawken Reborn hanya akan dikeluarkan untuk PC secara Akses Awal melalui Steam pada 17 Mei. Saya tidak pasti jika mereka juga akan membangunkan versi konsol atau tidak pada masa hadapan.
@gamersantaimy
Discussion about this post