Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Melawat Booth Acer di Computex 2023: Tema futuristik berfokuskan SpatialLabs!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2023
in Aksesori, Aplikasi, Artikel, Berita, Desktop, Hardware, Komputer, Laptop, Monitor, Pameran/Expo, Teknologi
0 0
0
Melawat Booth Acer di Computex 2023: Tema futuristik berfokuskan SpatialLabs!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Computex 2023 telah bermula secara rasmi sejak haru semalam (30 Mei) di mana pelbagai syarikat teknologi berkumpul untuk mempamerkan produk terbaru mereka dan salah satu peserta terbesar ialah Acer, yang namanya pasti tidak asing lagi di kalangan gamer dan pengguna PC.

Sempena itu, kami berpeluang melawat booth Acer di Computex 2023, yang memberi fokus pada tema futuristik dengan mempromosikan produk terbaharu mereka terutamanya peranti “SpatialLabs” yang diperkenalkan sejak 2019.

Apabila masuk sahaja ke booth, kita akan melihat skrin yang memaparkan pelbagai produk dan diberikan dua pilihan tempat. Yang pertama ialah koridor yang memfokuskan pada bahagian produk bisnes, dan yang kedua ialah produk gaming, aka siri Predator.

Mencuba produk gaming terbaharu

Bagi produk gaming, antara produk yang dipamerkan seperti Predator Helios Neo 15, Predator Triton 17 X, Predator Helios 16, dan lain-lain. Beberapa produk lain juga ada tetapi itu semua diumumkan sebelum acara Computex 2023.

Apa yang menarik minat saya ialah desktop PC gaming yang canggih – Predator Orion X. Apabila kita menekan butang khas, casing PC akan secara automatik “dibuka” dan mendedahkan komponen di dalam. Selain nampak bergaya, fungsi ini turut memudahkan pengguna untuk menggantikan komponen di dalam.

Casing ini dibuka secara tiga peringkat: zon pertama ialah bahagian pemproses, power supply dan SSD, zon kedua adalah zon storan, dan ketiga adalah sistem penyejukan untuk penambahan solusi penyejukan air.

Selain Predator Orion X, terdapat tiga monitor sokongan teknologi SpatialLabs di mana ketiga-tiga skrin monitor tersebut “bercantum” untuk menjadi satu pemandangan panoramik. Khususnya, SpatialLabs Panoramic View menggabungkan tiga paparan Acer SpatialLabs View Pro dengan Acer OpenXR runtime untuk mencipta pengalaman stereo 3D yang mengasyikkan dan lebih luas untuk tontonan.

Untuk memaksimumkan keseronokan, kita perlu berdiri pada titik tertentu untuk mengalami kesan 3D. Dalam pengalaman saya, ia umpama melihat filem 3D di wayang di mana objek akan yang muncul keluar dari skrin dan kita seolah-olah boleh berinteraksi dengannya. Kehadiran tiga skrin menjadikan teknologi itu lebih berkesan daripada pelbagai arah.

Directional 3D audio

Habis sahaja sesi itu, saya pergi ke ruang seterusnya untuk mencuba game SpatialLabs dalam 3D Ultra Mode. Walaupun bunyi hanya datang daripada pembesar suara komputer riba, tetapi kita dapat mendengar dari sisi mana ia datang dengan jelas. Ini dicapai apabila kamera mengimbas telinga anda dan menjana bunyi lokasi yang tepat mengikut lokasi anda, untuk menghasilkan pengalaman yang lebih autentik dan imersif.

Produk bisnes yang mesra alam

Seperti yang saya katakan di atas, Acer juga mempunyai bahagian yang mempamerkan pelbagai produk bisnes mereka, seperti Chromebook Vero 514, Chromebook Vero 712, Aspire Vero 14 dan lain-lain.

Terdapat juga produk unik bernama Acer eKinekt BD 3 di mana anda boleh berbasikal untuk menjana tenaga bagi mengecas komputer riba atau telefon pintar. Secara ringkas, basikal ini boleh membantu anda bersenam sambil membekalkan tenaga kepada peranti penting.

Di samping itu, terdapat pelbagai teknologi mesra alam lain yang dipamerkan seperti teknologi smart parking, smart medical, healthy living, aplikasi tenaga hijau, circular economy, dan smart water.


Memandangkan booth Acer ini berada di Computex 2023 di tidak berpeluang mengunjungi gerai Acer di Taipei, pasti ramai yang tidak dapat melawat tetapi anda boleh melayari laman web rasmi Acer di SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh baca segala berita kami tentang produk Acer di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill: Ascension Dedahkan Trailer Serta Info Lanjut Gameplay!

Next Post

“Join: The Power of Clothing” – Uniqlo lancarkan “Doraemon Sustainability Mode”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
“Join: The Power of Clothing” – Uniqlo lancarkan “Doraemon Sustainability Mode”!

"Join: The Power of Clothing" - Uniqlo lancarkan "Doraemon Sustainability Mode"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd