Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato Robot Battle Dilancarkan Semula! Kini Lebih Besar Penuh Kandungan Baharu!

Maira by Maira
October 16, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Mechamato Robot Battle Dilancarkan Semula! Kini Lebih Besar Penuh Kandungan Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

MONSTA, studio di sebalik siri animasi tempatan popular Mechamato, mengumumkan pelancaran semula “Mechamato Robot Battle” di Roblox pada 13 Oktober 2023. Game tersebut kini lebih besar, lebih baik dan lebih bertenaga daripada sebelumnya. Pelancaran semulanya juga bertujuan untuk mengembangkan game ke dunia yang luas dengan lebih banyak kandungan, peta, koleksi dan pengalaman imersif daripada francais animasi Mechamato yang memenangi pelbagai anugerah.

Sumber: MONSTA

Untuk pengetahuan anda, rombakan game “Mechamato Robot Battle” dibuat berdasarkan maklum balas pemain selama setahun. Game itu kini dioptimumkan untuk peranti mobile, memastikan pengalaman game yang lancar untuk semua pemain yang menggunakan PC, Mac, iOS dan Android.

Sumber: MONSTA

Penerokaan dalam “Mechamato Robot Battle” kini lebih memberangsangkan berbanding sebelum ini dengan ciri baharu yang membolehkan pemain meningkatkan level watak mereka dan upgrade statistik, dan pengenalan item Mechanized baharu, seperti senjata dan sut, bertaburan di seluruh peta game. MONSTA juga telah mengiktiraf minat peminat terhadap francais BoBoiBoy ikonik mereka dan telah memperkenalkan aset User-Generated Content (UGC) yang boleh dikumpulkan dan dipakai oleh peminat untuk menyesuaikan pengalaman dalam game mereka.

Sumber: MONSTA

Peminat Mechamato The Animated Series dan Mechamato Movie akan teruja untuk menemui robot baharu yang boleh dilawan dan ditangkap, menambahkan lapisan kebiasaan kepada pengalaman gaming untuk peminat sedia ada dan menyediakan pengenalan yang menarik untuk pemain baharu.

Sebagai jenama yang menyemarakkan imaginasi dan keinginan untuk berinovasi dalam khalayak yang lebih muda; Mechamato terus menjadi gabungan bijak antara keseronokan dan imaginasi dengan menggunakan platform Roblox yang terkenal dengan galakan untuk pemain meneroka dan mengekspresikan diri mereka sekreatif mungkin!

Sumber: MONSTA

Anda yang nak dapatkan pengalaman game Roblox Mechamato yang serba baharu ini, boleh klik PAUTAN INI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Mechamato daripada kami, boleh klik pautan ini!

Tags: MechamatoMechamato RobloxMechamato Robot BattleRoblox
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile MOBILE SUIT GUNDAM UC ENGAGE Akan Lancar 17 Oktober Ini! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Manga Attack on Titan Akan Dedahkan Masa Lampau Watak Istimewa Dalam Bab Baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Manga Attack on Titan Akan Dedahkan Masa Lampau Watak Istimewa Dalam Bab Baharu!

Manga Attack on Titan Akan Dedahkan Masa Lampau Watak Istimewa Dalam Bab Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd