Bandai Namco Entertainment telah pun mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk game MOBILE SUIT GUNDAM UC ENGAGE versi global! Diumumkan melalui X, game tersebut akan dilancarkan pada 17 Oktober 2023 untuk iOS dan Android. Jadi kepada anda yang ingin mainkan game ini nanti, bolehlah pra-daftar sekarang untuk teruskan mainkannya pada hari pertama game!
Tentang MOBILE SUIT GUNDAM UC ENGAGE
Game ini akan membawa anda semula ke dunia UNIVERSAL CENTURY dengan animasi serta jalan cerita yang baharu! Bukan setakat itu sahaja, anda akan alami pertempuran di angkasa secara 6v6 dengan model 3D yang realistik serta mudah dimainkan!
Terdapat lebih daripada 200 Mobile Suits ikonik yang anda boleh mainkan daripada siri-siri berikut:
- Mobile Suit Gundam
- Mobile Suit Zeta Gundam
- Mobile Suit Gundam ZZ
- Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
- Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
- Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory
- Mobile Suit Victory Gundam
- Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team
- dan banyak lagi!
MOBILE SUIT GUNDAM U.C. ENGAGE mempunyai battle pass bulanan yang dipanggil “Haro Pass” yang akan memberikan pemain pelbagai kemudahan sepanjang bermain seperti berikut:
- Lebih daripada 2000 Diamond
- Tingkatkan kelajuan battle 3x
- EXP pemain ditambah 5% dalam quest
- EXP watak dan Mobile Suit ditambah 10% dalam quest
Sekarang ini kempen pra-daftar untuk MOBILE SUIT GUNDAM U.C. ENGAGE sudah bermula! Kalau pra-daftar tersebut mencecah 100k, pemain bakal mendapat “UR Gundam” dan 3000 Diamond apabila game dilancarkan nanti.
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan berita lanjut serta kemas kini akan datang. Untuk mendapatkan berita menarik lain tentang Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post