Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Studios Umum Barisan Siri 2024-2025; What If S3, Spider-Man, Daredevil, Marvel Zombies, Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2024
in Artikel, Berita, Disney+, Komik, Movie/siri
0 0
0
Marvel Studios Umum Barisan Siri 2024-2025; What If S3, Spider-Man, Daredevil, Marvel Zombies, Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena penamat siri Agatha All Along, Marvel memberikan kejutan kepada peminat dengan teaser “Look Ahead“, yang mendedahkan barisan projek oleh Marvel Studios yang bakal dikeluarkan sepanjang 2024 dan 2025.

Berikut adalah siri aksi langsung dan animasi oleh Marvel Studios yang boleh dinantikan oleh peminat pada tempoh 2024 hingga 2025:

What If…? Season 3 – 22 Disember 2024

Kredit: Marvel

Siri animasi popular Marvel, What If…?, kembali dengan musim ketiga dan terakhirnya, bermula 22 Disember. Musim ini meneroka lebih dalam multiverse, menggambarkan peristiwa-peristiwa penting dari Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mungkin berlaku jika cerita menyimpang daripada kisah asal.

Antara episod yang menonjol termasuk satu yang menampilkan Red Guardian bersama Bucky Barnes, Bill Foster, dan Ranger Morales.

Episod lain, “Go-Avengers: Heroes of the Gamma War,” membawakan pengembaraan berinspirasi anime di mana para Avengers memandu mecha menentang raksasa Mega-Hulk. Episod ini termasuk Captain America (Sam Wilson), Black Widow, Shang-Chi, dan Monica Rambeau disertai oleh Moon Knight, Shuri, dan Melina Vostokoff.

Musim ini turut menampilkan episod bertemakan Western bersama Shang-Chi serta satu episod Agatha Harkness dengan elemen muzikal.

Your Friendly Neighborhood Spider-Man – 29 Januari 2025

Kredit: Marvel

Membawa perspektif baharu tentang kisah asal Peter Parker, Your Friendly Neighborhood Spider-Man membayangkan semula zaman awal Spider-Man dalam realiti alternatif di mana Norman Osborn menjadi mentor kepada Peter semasa muda, bukan Tony Stark.

Siri animasi Marvel ini menghormati komik klasik Spider-Man, dengan menggabungkan gaya seni klasik dengan perspektif baru.

Daredevil: Born Again – 4 Mac 2025

Kredit: Marvel

Perjalanan Matt Murdock berterusan dalam siri live-action Daredevil: Born Again, di mana Charlie Cox kembali sebagai hero tersebut.

Berlatar selepas peristiwa ‘Echo’, Murdock berdepan musuh lamanya, Wilson Fisk, yang kini mengejar kuasa politik di New York. Dengan identiti lama dan sejarah mereka yang panjang, kedua-dua watak ini bakal berhadapan sesama sendiri.

Ironheart – 24 Jun 2025

Kredit: Marvel

Selepas kemunculannya dalam Black Panther: Wakanda Forever, Riri Williams (dilakonkan oleh Dominique Thorne) membintangi siri live-action sendiri, Ironheart.

Kisah ini mengikuti kepulangan pelajar itu ke Chicago, di mana dia menemui rahsia yang mengaitkan teknologi dengan sihir, membawa dia dalam laluan penuh bahaya.

Eyes of Wakanda – 6 Ogos 2025

Kredit: Marvel

Satu lagi siri animasi; dalam Eyes of Wakanda, penonton dibawa dalam perjalanan sejarah melalui legasi pahlawan Wakanda. Siri mini ini mengisahkan kisah nenek moyang T’Challa yang merentasi dunia untuk mendapatkan kembali artifak vibranium berbahaya.

Dengan identiti Black Panther diwariskan sepanjang generasi, Eyes of Wakanda memberi penghormatan kepada legasi rakyat Wakanda.

Marvel Zombies – Oktober 2025

Kredit: Marvel

Marvel Zombies menghidupkan semula para hero dan penjahat yang telah dikenalkan dalam episod “What If… Zombies?!” dari What If…?.

Siri animasi ini menyaksikan generasi baru yang terpaksa berdepan bekas hero dan penjahat yang kini berubah menjadi zombi, membawa elemen seram ke dalam multiverse MCU.

Wonder Man – Disember 2025

Kredit: Marvel

Siri Wonder Man Marvel dijadualkan menutup tahun 2025 dengan kisah komedi live-action.

Yahya Abdul-Mateen II akan berlakon sebagai Simon Williams / Wonder Man, seorang pelakon super dan pakar lagak ngeri yang memohon untuk menjadi watak utama dalam siri televisyen superhero. Ben Kingsley juga kembali memegang watak Trevor Slattery.

Tags: Marvel Studiosmcu
ShareTweetSend
Previous Post

Death Note: Killer Within Diumumkan, Akan Datang Pada 5 November!

Next Post

Aether Gazer Akhirnya Tiba Di PC Bersama Watak Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Aether Gazer Akhirnya Tiba Di PC Bersama Watak Baharu!

Aether Gazer Akhirnya Tiba Di PC Bersama Watak Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd