Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga sukan popular Haikyu!! sah akan tamat pada minggu depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga sukan popular Haikyu!! sah akan tamat pada minggu depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat yang dah lama mengikut siri ini, nampaknya Haikyu!! benar-benar akan berakhir. Beberapa jam lepas, sebuah posting dikeluarkan oleh laman Twitter rasmi Haikyu!! Jepun, di mana mereka mengesahkan bahawa manga sukan terkenal oleh Haruichi Furudate akan tamat pada 20 Julai. Isu Weekly Shonen Jump yang berikut akan menampilkan bab kesimpulan ini, jadi peminat boleh mengharapkan penamat emosi yang memfokuskan pada Hinata dan geng Karasuno.

【ハイキュー!! 2020年7月20日 完結】

ハイキュー!!は来週7月20日発売の週刊少年ジャンプ33・34合併号で、8年半の連載にピリオドを打ち、最終回を迎えます。

最後まで、前を向き、全力で走り抜けます。皆様もどうか一緒に走り抜けていただけたら幸いです。 pic.twitter.com/Ny1YlFziTW

— ハイキュー!!.com (@haikyu_com) July 12, 2020

Untuk penjelasan yang lebih terperinci, Haikyu!! akan tamat pada isu 33-34 di Weekly Shonen Jump. Isu ini akan mengandungi lebih banyak kandungan daripada biasa kerana ditangguhkan, dan sepatutnya memberi lebih banyak ruang kepada Haikyu!!. Manga ini dijangka akan menyediakan 28 muka surat yang bersertakan satu halaman berwarna.

Bersama posting ini, mereka juga menyelitkan sebuah lukisan sebagai penghormatan pada bab terakhir, dan ia menunjukkan Hinata berdiri di sebelah Kageyama. Pasangan ini telah melalui pelbagai cabaran bersama-sama berikutan pertemuan mereka di sekolah menengah. Setelah memasuki pasukan bola tampar yang di sekolah menengah, minat mereka untuk sukan ini semakin bertambah. Sekiranya bernasib baik, kemungkinan besar kita akan melihat pasangan ini bermain dalam satu perlawanan terakhir sebagai wakil Jepun di bab terakhir.

https://www.youtube.com/watch?v=XOAnJkU-WZ0&t=5s

Lagipun, manga The Promised Neverland dan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba pun terpaksa berhenti walaupun mencapai populariti yang tinggi dan kini, tiba giliran Haikyu!! untuk menyertai mereka. Adakah anda terkejut dengan berita ini? Mari kongsi pendapat di ruang komen.

Tags: animeHaikyu!!mangatamatWeekly Shonen Jump
Previous Post

Shangai ingin membuat patung “life-sized” Mobile Suit Gundam!

Next Post

Salah satu playable character di Hyper Scape ialah orang Malaysia! Bernama Azimah lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Salah satu playable character di Hyper Scape ialah orang Malaysia! Bernama Azimah lagi!

Salah satu playable character di Hyper Scape ialah orang Malaysia! Bernama Azimah lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd