Kaiju No. 8 adalah salah satu manga popular terbaru di Shonen Jump! Menampilkan seorang pemuda yang tanpa sengaja telah berubah menjadi raksasa, siri ini mempunyai elemen seram komedi yang unik, lantas membuatkan siri menjadi terkenal serta merta. Pada awal bulan ini, Kaiju No. 8 telah menjual sebanyak empat juta salinan untuk jilid keempatnya dan adalah manga Shonen Jump+ terpantas untuk mencapai kejayaan ini. Baru bermula pada tahun 2020 dan boleh dibaca secara percuma, ini adalah masa yang tepat bagi mereka yang belum membaca manga ini!
Berikut adalah sinopsis ringkas dan di mana korang membacanya:
Jalan cerita

Dalam siri ini, para Kaiju (raksasa) wujud dan kerap menyerang Jepun. Satu-satunya barisan pertahanan umat manusia adalah Japanese Defense Force (JDF) yang harus menghalang Kaiju daripada memusnahkan negara mereka. Kehidupan dua kanak-kanak telah berubah secara dramatik oleh serangan Kaiju, dan ini memberi inspirasi kepada mereka untuk melawan raksasa ini apabila mereka menjadi orang dewasa.
Kini sudah dewasa, watak utama kita adalah Kafka Hibino, yang kemudian menjadi Kaiju No. 8. Impiannya untuk menyertai JDF hancur apabila dia gagal dalam ujian percubaan lalu dia membuat keputusan untuk bekerja sebagai pembersih bangkai Kaiju. Sebelum dirinya menjadi semakin tua, Kafka berazam untuk mencuba ujian sekali lagi. Malangnya, hidup dia akan berubah selama-lama nya apabila sejenis kaiju kecil terbang masuk ke dalam mulutnya. Kejadian ini mengubah Kafka kepada seekor Kaiju dan walaupun personalitinya sebagai manusia masih kekal, itu tidak cukup untuk membuatkan dirinya menjadi sasaran kepada seluruh JDF.

Rakan Kaffa dari kecil, Mina Ashiro, telah lulus ujian percubaan dan kini memegang pangkat sebagai salah satu Kapten dalam JDF. Berbeza dengan Kafka, dia mempunyai perwatakan yang lebih serius dan merupakan pakar senjata api yang bertekad untuk menghapuskan setiap Kaiju di muka bumi. Walaupun dari luar nampak kasar (tsundere), dia meletakkan harapan yang tinggi pada Kafka untuk akhirnya menyertai JDF. Watak lain termasuk Kikoru Shinomiya, seorang gadis dengan bakat semula jadi semasa memburu Kaiju, dan Leno Ichikawa, seorang lagi pemuda yang bekerja bersama Kafka dan berjanji merahsiakan transformasinya.
Di mana anda boleh baca Kaiju No. 8?
![ART] Fist meets Face (Kaiju No.8 coloring): manga](https://i.redd.it/3nrkggrocmr61.jpg)
Manga Kaiju No. 8 dicipta oleh Naoya Matsumoto, dan bermula bulan Julai 2020, ia diterbitkan secara online melalui laman web dan melalui aplikasi Shonen Jump+. Untuk pembaca Malaysia, korang boleh baca manga ini secara percuma di di laman web dan aplikasi rasmi MangaPlus, yang juga disediakan oleh Shueisha. Buat masa ini, manga mempunyai lebih kurang 43 bab, jadi masih mudah untuk korang “keep up-to-date” dengan jalan cerita.
BACA DI SINI
Untuk membaca segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.









Discussion about this post