Syarikat penerbitan Shueisha telah melancarkan MANGA MILLION; sebuah platform digital yang membawa satu juta halaman manga dalam lebih 100 bahasa, termasuk Bahasa Melayu.
Dilancarkan sempena ulang tahun ke-100 Shueisha (1926–2026), platform ini memberi akses kepada hampir 400 siri manga. Tiada bayaran tersembunyi, tiada gangguan iklan pop-up, dan kita langsung tidak perlu mendaftar akaun atau memuat turun sebarang aplikasi. Pembaca di Malaysia cuma perlu melayari laman web rasmi menerusi web browser untuk terus mula membaca.
Mungkin berita paling seronok adalah terjemahan rasmi dalam Bahasa Melayu untuk beberapa manga. Antaranya:
- Jujutsu Kaisen karya Gege Akutami
- Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba karya Koyoharu Gotouge
- Spy x Family karya Tatsuya Endo
- Kaiju No. 8 karya Naoya Matsumoto
- Look Back (one-shot) karya Tatsuki Fujimoto

Buat mereka yang lebih selesa membaca dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain, siri-siri popular seperti One Piece, Naruto, Bleach, Chainsaw Man, Oshi no Ko, Kingdom, NANA, dan Kimi ni Todoke turut tersedia di platform yang sama.
MANGA MILLION boleh diakses 100% secara percuma di seluruh dunia. Namun Shueisha memaklumkan bahawa tawaran percuma ini hanya untuk “masa terhad”, tiada tarikh penutup yang ditetapkan setakat ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya sekarang!



![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post