Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Jujutsu Kaisen akan bersambung selepas isu kesihatan mangaka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Jujutsu Kaisen akan bersambung selepas isu kesihatan mangaka!
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen telah menjadi salah satu siri manga paling popular pada hari ini, jadi saya faham apabila ramai risau ketika dengar manga ditangguhkan. Akaun Twitter rasmi Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha mengumumkan hari ini bahawa manga Jujutsu Kaisen oleh Gege Akutami akan bersambung semula dalam isu ke-35 tahun ini pada 1 Ogos. Manga ini terus terpaksa berhenti dalam isu ke-29 pada 21 Jun kerana Akutami mengalami masalah kesihatan. Seperti yang dilaporkan, Akutami mengatakan bahawa manga akan berhenti “sekitar sebulan,” dan meyakinkan peminat bahawa keadaan kesihatannya tidak begitu serius seperti yang dijangkakan.

週刊少年ジャンプ29号(6月21日発売)より芥見先生の体調不良のため、『呪術廻戦』はしばらくの間休載させていただきます。
芥見先生からの直筆コメントも合わせてご覧いただけますと幸いです。
なお来週6月14日(月)発売の週刊少年ジャンプ28号では『呪術廻戦』は掲載されております。 pic.twitter.com/ntgiKuICFn

— 少年ジャンプ編集部 (@jump_henshubu) June 10, 2021

Manga Jujutsu Kaisen terpaksa berhenti setelah menamatkan story arc sedih tentang Zenin Clan. Mai dan Maki menyusup ke kampung halaman klan mereka untuk membongkarkan rahsia-rahsianya, tetapi penamatnya memang tidak dijangka dan ada yang terkorban. Untuk mereka yang tidak beberapa tahu tentang siri ini, berikut adalah sinopsis:

Dalam dunia di mana iblis memakan manusia, serpihan kecil dari iblis legenda Ryoma Sukuna hilang dan tersebar di dunia manusia. Sekiranya ada iblis yang memakan bahagian tubuh Sukuna, kekuatan yang diperolehi dapat menghancurkan dunia. Nasib baik, wujudnya sebuah sekolah misteri yang terdiri daripada ahli sihir Jujutsu untuk melindungi manusia dari ancaman alam ghaib!

Yuji Itadori adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan hari-harinya dengan mengunjungi datuknya. Walaupun kelihatan seperti remaja biasa, kekuatan fizikalnya yang luar biasa adalah sesuatu yang tidak harus dipandang rendah! Setiap kelab sukan mahu dia, tetapi Itadori lebih suka bergaul dengan rakan-rakan di Occult Club. Suatu hari, kelab ini berjaya mendapatkan sejenis objek sumpahan, tetapi mereka tidak tahu keganasan yang bakal melanda mereka ketika mereka memecahkan meterainya…

Akutami melancarkan manga Jujutsu Kaisen di majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada bulan Mac 2018. Buat masa ini, Shueisha sudah menerbitkan tankobon ke-16 manga pada 4 Jun. Anda boleh membaca manga ini secara percuma di laman web MANGA Plus.

Anime Jujutsu Kaisen membuat tayangan perdana pada 2 Oktober 2020 yang mempunyai 24 episod. Jujutsu Kaisen 0 the Movie pula adalah sebuah filem anime baru untuk francais dan sepatutnya akan ditayangkan pada hujung tahun 2021 atau awal tahun depan. Filem ini adalah berdasarkan kisah manga prequel Jujutsu Kaisen 0: Tokyo Prefectural Jujutsu High School yang menceritakan tentang protagonis lain.

Sumber – Mantan Web

Tags: animeGege AkutamihiatusJujutsu KaisenmangaWeekly Shonen Jump
Previous Post

Game Editor, Technical Artist dan banyak lagi jawatan diperlukan di IGG Singapore Pte Ltd

Next Post

Filem anime CG Monster Hunter: Legends of the Guild akan datang ke Netflix Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Filem anime CG Monster Hunter: Legends of the Guild akan datang ke Netflix Ogos ini!

Filem anime CG Monster Hunter: Legends of the Guild akan datang ke Netflix Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd