Selaku Hokage, Uzumaki Naruto pasti mengenali hampir semua penduduk Konoha, tetapi ada beberapa ninja yang dia lebih kenal daripada yang lain. Sudah tentu, rakan-rakan seperti Sasuke dan Sakura termasuk dalam senarai itu, tetapi kenangan Naruto bersama Jiraiya masih kekal dalam memori peminat. Oleh itu, apabila bab terbaru manga Boruto: Naruto Next Generations dikeluarkan kelmarin, para peminat mesti terkejut apabila Naruto mengenali gaya pertempuran yang digunakan oleh Kashin Koji.
Anda telah diberi amaran! Terdapat spoiler besar di bawah untuk bab 46 Boruto! Teruskan membaca dengan hati-hati:
Sekiranya anda mengikuti kisah manga, maka anda tahu Boruto: Naruto Next Generations telah banyak mendedahkan rahsia baru. Bab bermula dengan Kashin Koji sedang bertarung Jigen. Selepas memulakan pertarungan ini di isu sebelum pada bulan, Kashin berjanji untuk menewaskan pemimpin Kara tersebut, manakala Naruto dan rakan-rakan lain menyaksikan pertarungan itu daripada jauh menggunakan katak perisik.
Semasa rakaman siaran langsung ditunjukkan kepada semua orang, Naruto telah perasan sesuatu yang pelik tentang Kashin. Pertama sekali, Kashin dapat menggunakan “toad summon” untuk menyampaikan rakaman tersembunyi ke ninja Konoha. Kedua, Kashin bertarung dengan banyak jutsu yang sama seperti Jiraiya. Dia bukan sahaja menggunakan banyak jutsu api, malah menggunakan “Toad Oil Bomb” yang merupakan antara jutsu terkenal milik Jiraiya.
Naruto dengan cepat mengenali gaya pertempuran Kashin, tetapi dia tidak menyebut siapa sebenarnya dia tahu yang menggunakan teknik ini. Naruto nampaknya amat terkejut dengan pertarungan itu, dan ini menyebabkan para peminat berspekulasi jika Kashin sebenarnya berkait dengan Jiraiya. Lagipun, mentor Naruto yang telah meninggal dunia telah dikaitkan dengan Kashin berulang kali, tetapi bab ini membuat mengukuhkan lagi teori peminat.
Apa pendapat anda? Adakah Jiraiya ada klon? Adakah ini anaknya? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post