Selepas kematian mangaka terkenal Kentaro Miura pada tahun lepas, ramai peminat Berserk berasa sedih kerana tidak dapat lagi melihat pengakhiran kepada manga prolifik itu. Walaupun begitu, Kouji Mori dan rakan-rakan beliau daripada Studio Gaga telah membuat keputusan untuk meneruskan manga Berserk dan kini, 2 bab baru telah dikeluarkan yang menyambung daripada bab 364.
AMARAN! SPOILER DI BAWAH TENTANG BERSERK BAB 365 +366!
Dalam Berserk bab 364 (juga adalah bab terakhir oleh Kentaro Miura), identiti sebenar Moonlight Boy sebenarnya adalah Griffith aka Femto. Diteruskan oleh Kouji Mori dan Studio Gaga, bab 365 dan 366 menceritakan apa yang berlaku di Elfheim selepas ketibaan Griffith.

Penuh dengan perasaan balas dendam, Guts membenarkan dirinya dikawal oleh kemarahan dan cuba untuk membunuh Griffith. Malangnya, dia tidak berjaya langsung mencederakan Griffith dan ini hanya meningkatkan lagi kemarahan Guts sehingga perisai Berserker mula menutup tubuhnya.
Pada masa yang sama, kehadiran Griffith juga memberi kesan kepada Casca, yang tiba-tiba mengalami gangguan emosi/tekanan yang dihadapi semasa peristiwa The Eclipse dahulu.

Itu sahajalah yang saya boleh ceritakan tentang bab terkini tanpa memberi terlalu banyak spoiler. Jadi apa yang akan terjadi selepas ini? Adakah penamat Berserk semakin hampir? Bagaimana dengan lukisan – adakah ia sama seperti mendiang Kentaro Miura?
Seorang artis dari Studio Gaga telah meyakinkan peminat dan menjelaskan bagaimana proses mencipta Berserk akan berjalan tanpa Kentaro Miura.
Melalui akaun Twitter rasmi, Doratan-Sensei (salah satu pembantu terbesar Miura) memberitahu bahawa ia “bukanlah penghasilan semula yang benar-benar tulen” daripada siri, tetapi mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan Miura berbangga dengan hasil mereka.
“Mulai sekarang, Berserk – yang nisbah lukisannya dahulu adalah kira-kira 99.2% oleh Profesor Kentaro Miura, kira-kira 0.8% adalah nisbah lukisan seperti kakitangan. Jap, adakah 1%? – adalah 100% diuruskan oleh kakitangan kami sahaja.”
“Seperti yang dinyatakan tadi, ia bukanlah hasil yang sempurna, tetapi terima kasih hingga ke akhir. Selain itu, penyeliaan oleh En. Kouji Mori amat tepat. Episod akhir juga telah dijelaskan dan difahami sepenuhnya.”
Pada masa ini, anda boleh membeli bab baharu terus daripada Young Animal di sini, atau mengambil majalah itu sendiri dari Amazon Japan di sini, dengan rakan-rakan Miura membuktikan bahawa mereka benar-benar menghormati rakan mereka yang telah meninggal dunia dengan kerja semasa mereka.
Buat sesiapa yang berminat, korang boleh membeli bab terbaru bagi manga Berserk terus daripada Young Animal di sini.
Apa pendapat korang tentang pengakhiran Berserk nanti? Adakah Guts dan Casca dapat bahagia akhirnya selepas bertahun-tahun terseksa? Jangan segan untuk berkongsi pendapat korang di ruang komen!
Untuk segala liputan kami tentang Berserk, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post