Sejak siri anime Jujutsu Kaisen memaparkan Malaysia dalam musim terbaru, ramai juga penonton anime Malaysia yang terkejut mengenainya. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak sahaja siri lain yang pernah menyebut dan tunjuk perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Malaysia sebelum ini. Kami telah senaraikan beberapa siri anime yang menyebut tentang Malaysia, yang mungkin anda sendiri tidak pernah mendengarnya. Jom kita lihat senarai tersebut ramai-ramai!
Jujutsu Kaisen
Siri popular ini baru sahaja menamatkan tayangan musim kedua pada bulan lalu dan ia juga telah menarik perhatian ramai orang di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Pahang juga berhasrat untuk membina tugu khas buat watak anime Jujutsu Kaisen. Semua ini berlaku apabila Malaysia disebut semasa tayangannya sebanyak dua kali. Pertama babak Nanami yang ingin ke Kuantan dan babak Mei Mei yang sedang “bercuti” di Kuala Lumpur.
Daily Lives of High School Boys
Kalau anda perasan, kadang-kadang selepas ke kolam air panas, pasti ada babak watak-watak bermain ping-pong. Boleh pula salah satu protagonis anime ini mengetahui negara Malaysia.
Hyouka
Siri anime popular ini mempunyai babak yang menunjukkan pelbagai poskad. Yang menariknya, poskad-poskad tersebut memaparkan haiwan liar di Malaysia termasuklah bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Bukan setakat itu sahaja, stem Malaysia juga terpapar pada poskad tersebut.
Fastest Finger First
Walaupun siri anime ini tidak begitu popular, anime ini memaparkan rancangan kuiz popular yang bertanyakan pelbagai soalan menarik. Ada salah satu soalan yang ditanyakan dalam siri tersebut dan jawapannya ada menyebut nama negeri Johor Bahru.
March Come In Like A Lion
Protagonis kita telah mendapat poskad daripada keluarga angkatnya yang melancong di Malaysia.
Cowboy Bebop
Ada satu babak yang menunjukkan bahawa watak-watak ini singgah di Malaysia kerana terdapatnya harga tiket bas yang menggunakan RM (Ringgit Malaysia). Bukan setakat itu sahaja, ada juga babak yang memaparkan pemandangan Kuala Lumpur.
Midnight Occult Civil Servant
Satu lagi siri yang memaparkan Menara Berkembar Petronas yang indah pada waktu malam.
Psycho-Pass
Susah kalau pergi negara orang tanpa memahami bahasa mereka. Nasib baik dunia sudah moden dan kita boleh gunakan aplikasi penterjemah elektronik. Inilah yang dipaparkan dalam babak anime Psycho-Pass, di mana seorang watak imigran Malaysia menggunakan penterjemah bahasa Melayu kepada bahasa Jepun.
Mobile Fighter G Gundam
Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, Malaysia sebenarnya mempunyai Gundam tersendiri! Mobile Suit tersebut bernama GF13-047NMA Skull Gundam. Ianya dikendalikan oleh pilot bernama Gala Garla.
Jojo’s Bizarre Adventure
Dalam perancangan untuk ke Mesir, Joseph Joestar mencadangkan jalan yang memintas semenanjung Tanah Melayu.
Maria Holic
Apabila bertanya tentang 31 Ogos, sudah tentu kita kenalinya sebagai Hari Kebangsaan Malaysia!
Lupin III Pursue Harimao’s Treasure!!
Kita diperkenalkan dengan Harimao, seorang pahlawan yang digeruni oleh tentera British dan Jepun.
Ashita no Joe
Salah seorang peninju dari Malaysia bernama “Harimau” menjadi lawan Yabuki Joe.
Kado the Right Answer
Menteri Malaysia pun ada muncul dalam anime. Tetapi bukan menteri sebenarlah.
School Rumble
Bila tengok macam dekat Amerika, tetapi ada pula nama Malaysia pada papan itu.
Muromi-san
Bukan sahaja menyebut nama Malaysia dan Kuala Lumpur, anime ini juga ada menyentuh tentang selat melaka.
You’re Under Arrest
Sebagai salah satu destinasi perlancongan, sudah tentu nama ibu negara terpampang di lapangan terbang.
Tactical Roar
Watak ini bercakap dalam bahasa Melayu meminta tolong. Malangnya pengawal itu pula yang tidak faham.
Yakitate Japan
Nama Tapir pun boleh dijadikan pematah lidah buat orang Jepun.
Nichijou
Daripada ucapan selamat pagi, selamat malam, sukan Sepak Takraw pun ada disebut dalam siri anime ini. Yang dahsyatnya, mak dia yang pergi main Takraw!
Shokugeki no Soma
Sekali dapat makan laksa yang sedap, memang selalu mencari. Tetapi kalau rupa laksa pun gelap macam ini, siapa sahaja yang berani makan.
Paniponi Dash!
Ingin belajar dengan mudah? Bolehlah cari cermin mata ajaib daripada Malaysia ini!
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Kalau anda rasa ada lagi babak anime yang ada menyebut atau tunjuk Malaysia, bolehlah kongsi di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post