Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Maksimumkan peluang game untuk berjaya” – Tanggungjawab sebuah penerbit game [gamescom asia 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri, Tempatan
0 0
0
“Maksimumkan peluang game untuk berjaya” – Tanggungjawab sebuah penerbit game [gamescom asia 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di gamescom asia 2022, Naib Presiden dan Ketua Penerbitan Plug in Digital, Guilaume Jamet, Ketua Pegawai Eksekutif Majamojo, Jungwon Hahn, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Bethesda, Simon Alty, dan Pengarah Pelaburan Permainan VNG Corporation, Christopher Liu, telah menjelaskan serba sedikit tentang peranan penerbit game dalam industri dan cara-cara mereka menjalankan tugas.

Membuat game bukan hanya tentang proses pembangunan sahaja, anda juga perlu melalui proses penerbitan. Walaupun sesetengah pemaju ingin memikul tanggungjawab untuk menerbitkan game mereka secara sendiri, terdapat juga beberapa pemaju yang bergantung pada syarikat penerbit untuk menerbitkan game mereka.

Bagi Simon Alty, tanggungjawab penerbit sentiasa sama, iaitu untuk “bercerita dan membantu studio mencari tempat bagi game mereka.” Guilaume Jamet mempunyai pendapat yang sama, lalu menyatakan bahawa “memaksimumkan peluang game itu untuk berjaya adalah tugas mereka.”

Jungwon Hahn pula berpendapat bahawa penerbit harus menjadi “tangan dan kaki pembangun”, dan sentiasa memberikan maklumat berharga tentang perkara-perkara seperti keperluan berbeza, pilihan pembayaran dan model perniagaan. Semua maklumat ini akan membantu penerbit mencari pasaran yang sesuai dengan game tersebut.

Industri gaming telah wujud sejak sekian lama, dan peranan penerbit juga telah mengalami beberapa perubahan. Jungwon Hahn mendedahkan yang perbezaan terbesar antara sekarang dan dahulu, ialah segala-galanya sekarang boleh dikesan. Anda tahu apa yang berlaku kepada game, anda tahu mengapa ia berjaya, dan anda tahu mengapa ia gagal.

Jelas sekali, penerbit tidak akan menerima semua “pitching” daripada pemaju; semuanya harus mempunyai idea yang berbeza apabila mereka menilai pemaju. Walaupun Guilaume Jamet menghargai semangat dan cita-cita pasukan, Christopher Liu dan Jungwon Hahn ingin mempunyai pasukan yang boleh menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran dan mengikut trend.

Di negara lain di seluruh dunia, terdapat pasaran dan budaya kerja yang berbeza walaupun jarak antara kedua-dua lokasi tidak begitu jauh. Bak kata Christopher Liu, pemaju dari Beijing mungkin akan lebih memfokuskan pada QA, manakala mereka yang berasal dari Shanghai akan lebih memfokuskan pada esukan dan game mobile.

Jungwon Hahn masuk dalam perbincangan dan menyatakan bahawa model perniagaan yang disukai oleh pasaran merupakan perbezaan terbesar. Walaupun game jenis “pay-to-win” lebih diterima di sini, jika anda cuba melakukan perkara yang sama di Amerika Syarikat atau Eropah, ia mungkin akan menyebabkan banyak masalah.

Walau bagaimanapun, Guilaume Jamet berpendapat yang pemikiran pemaju yang menyebabkan perbezaan terbesar. Dia merasakan bahawa studio di Asia Tenggara agak malu, dan tidak cuba untuk pergi sejauh yang mereka boleh dengan projek masing-masing.

Setiap pemaju mempunyai potensi yang besar untuk melakukan perkara hebat, tetapi penerbit akhirnya yang perlu mendorong pemaju untuk mengambil langkah ke hadapan.


Untuk membaca segala liputan kami tentang gamescom asia 2022, sila tekan pautan ini.

Tags: gamescom asia 2022industripenerbit game
Previous Post

Football Manager 2023 buka akses awal beta – tersedia untuk PC sekarang!

Next Post

Persona 5 Royal Preview (PS5) — Kembali Mencuri Hati Pemain, Tampil Visual Memukau

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Persona 5 Royal Preview (PS5) — Kembali Mencuri Hati Pemain, Tampil Visual Memukau

Persona 5 Royal Preview (PS5) -- Kembali Mencuri Hati Pemain, Tampil Visual Memukau

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd