Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Maklumat Nintendo Switch Pro dibocorkan! Bakal hadir dengan skrin OLED lebih besar dan dock baru

Amir Haziq by Amir Haziq
May 31, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Maklumat Nintendo Switch Pro dibocorkan! Bakal hadir dengan skrin OLED lebih besar dan dock baru
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo Switch merupakan konsol permainan video yang dicipta oleh Nintendo dan telah dilancarkan secara global pada 3 Mac 2017. Konsol ini merupakan sebuah tablet yang dilengkapi dengan controller wireless joy-con boleh dijadikan sebagai peranti mudah alih seperti konsol Nintendo DS atau Nintendo 3DS, dan boleh digunakan sebagai konsol rumah seperti Nintendo Wii.

Kini, konsol tersebut telah didatangkan dengan beberapa versi seperti Switch Lite yang lebih ringan dan Switch V2 dilengkapi dengan jangka hayat bateri lebih lama. Terbaru, terdapat desas-desus yang mengatakan Nintendo akan mengeluarkan versi baru Nintendo Switch, yang digelar Nintendo Switch Pro, dan beberapa maklumat mengenainya telah bocor sebelum ia diumumkan kepada orang ramai.

Beberapa maklumat mengenai Switch pro telah bocor dan membanjiri media sosial beberapa hari terakhir sebelum tarikh pengumumannya. Antara maklumat yang didedahkan adalah Switch Pro atau Super Nintendo Switch ini merupakan model baru dengan kuasa bateri yang telah dipertingkatkan oleh Nintendo. Konsol ini juga dikatakan akan dijual pada harga lebih kurang $300 (anggaran RM1241.25) serta akan didedahkan semasa acara E3 2021 bulan Jun nanti.

Selain itu, terdapat khabar angin mengatakan Switch Pro mempunyai ukuran yang sama dengan Switch biasa, tetapi ia mempunyai skrin OLED lebih besar kerana bezelnya lebih nipis. Konsol ini turut dikatakan mempunyai gaya Surface, iaitu dengan sokongan dock baru yang mempunyai dua port USB 3.0 dan port ethernet, serta boleh diserasikan dengan joy-con yang ada sekarang. Ianya juga bakal menyokong resolusi 4K apabila disambungkan kepada dock dan slot microSD-nya akan berada di bahagian belakang konsol.

Buat masa ini, Nintendo masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai maklumat Switch Pro yang telah bocor ini. Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman mengenainya di acara E3 2021 yang akan tiba tidak lama lagi. Bagi yang berminat untuk membaca segala liputan kami mengenai Nintendo, anda boleh tekan sahaja pautan ini.

Sumber: Comicbook

Tags: E3 2021nintendoNintendo Switch Pro
Previous Post

“Undian populariti” baru membuktikan Boruto ialah ninja paling popular di Konoha!

Next Post

TOTAL LOCKDOWN? Aduh! Tidak mengapa, luangkan masa bosan anda waktu PKP dengan game-game ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
TOTAL LOCKDOWN? Aduh! Tidak mengapa, luangkan masa bosan anda waktu PKP dengan game-game ini!

TOTAL LOCKDOWN? Aduh! Tidak mengapa, luangkan masa bosan anda waktu PKP dengan game-game ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd