Isu ban dan mengharamkan permainan Battle Royale masih belum reda apabila Majlis Ulama Aceh Indonesia mengeluarkan Fatwa Haram buat permainan Playerunknown’s battlegrounds (PUBG). Sebelum ini beberapa negara turut ban permainan ini dan beberapa permainan battle royale lain seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini antaranya adalah Nepal dan India. Malaysia juga hampir mengeluarkan fatwa ini tapi telah dibantah banyak pihak.
Majlis Ulama Aceh berkata bahawa kanak-kanak dan orang dewasa yang tinggal di Aceh kini dipengaruhi oleh permainan “PUBG” ini, dan bahkan mengatakan bahawa ramai orang bermain “PUBG” di telefon bimbit, dan mereka sudah ketagih. Pekara yang sama turut diisukan negara yang lain yang telah ban permainan ini. Tapi sebenarnya itu mengikut pendirian diri sendiri, tidak semua orang hidup penuh kelalaian dan harus mengurus masa itu sendiri.
Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, pihak PUBG MOBILE telah memberi respon mengenai isu ini. PUBG MOBILE berkata mereka bersedia mendengar pendapat dan maklum balas orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Di samping itu, mereka bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan ibu bapa, kumpulan kerajaan, kalangan e-sukan dan pihak berkaitan untuk memperbaiki alam sekitar dan keseimbangan permainan.
Di samping itu, pihak PUBG MOBILE juga mengatakan bahawa sistem pengurusan “permainan” baru telah dilancarkan dalam versi global “PUBG MOBILE” untuk menghalang pemain daripada terlibat dalam permainan.
Ini adalah respon penuh dari PUBG MOBILE;
Perlu diingatkan bahawa topik ini terikat untuk menarik perhatian memandangkan PMCO SEA Final 2019 diadakan di Jakarta yang bermula hari ini.
Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang respon rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan berkaitan dengan fatwa ini. Jika anda seorang pemain PUBG dari Indonesia, anda mungkin tidak perlu bimbang tentang perkara ini dalam masa terdekat. Apapun jangan lah kaitkan permainan dengan masalah peribadi yang harus diuruskan sendiri.
@gamersantaimy
Discussion about this post