Presiden From Software dan pengarah E3 2019 Hidetaka Miyazaki telah mengumumkan Elden Ring, sebuah RPG aksi fantasi dan telah berkongsi maklumat berkenaan game ini menerusi sebuah temuramah bersama IGN.
Antara petikan-petikan menarik daripada temuramah ini adalah:
- Elden Ring adalah 3rd person RPG aksi fantasi, dimana ianya tidak lari daripada Dark Souls. Namun ini tidak bermakna mekanismanya serupa.
- Penambahan persekitaran yang lebih besar dalam dunia yang lebih terbuka akan merubah game ini dalam skala yang lebih besar.
- Dengan penambahan dunia yang lebih besar, evolusi mekanisma menjadi kemestian. Ini menjadikan game ini evolusi semulajadi Dark Souls.
- Dungeon dalam game Miyazaki sebelum ini berhubung seperti Metroidvania, tetapi kali ini terdapat lapangan yang sangat besar diantaranya. Ini adalah untuk penceritaan yang lebih bagus, mencipta variasi pertempuran dan meningkatkan kebebasan eksplorasi.
- Bergerak dan bertempur sambil menunggang kuda.
- Tidak akan ada bandar atau pekan yang dihuni, sebaliknya pekan dan bandar dalam game adalah tapak kemusnahan yang gelap dan suram.
- Miyazaki banyak mentelaah sumber-sumber game open world lain, tetapi beliau memastikan tidak terlalu terpengaruh agar kekal setia dengan semangat From Software.
- Berkenaan dengan kerjasama George R. R. Martin, beliau berkata ianya bermula daripada minatnya kepada hasil kerja George seperti A Song of Ice and Fire dan adaptasi dramanya dalam Game of Thrones adalah karya yang ulung.
- Elemen keseronokan, drama dan kedalaman mitos yang ditulis Martin memberikan kesan yang besar dalam game ini.
- Miyazaki membandingkan mitos Martin dengan handbook dungeon master dari sebuah table top RPG.
- Pemain akan mempelajari tentang mitos ini sepanjang permainan menerusi penceritaan dari eksplorasi dan persekitaran.
- Tiada watak utama yang tetap dalam game ini. Semuanya bergantung kepada bagaimana pemain menetapkan kriteria dan perwatakan watak ciptaan mereka.
- Miyazaki merasakan watak NPC kali ini akan lebih menarik perhatian dan memberikan kesan berbanding sebelum ini kerana di inspirasikan oleh mitos hasil kerja Martin.
- Miyazaki terkejut kerana sangat mudah untuk berhubung dengan Martin. Dari situ mereka berbincang, dan Martin bersetuju dengan ideanya untuk membikin sebuah game bersama-sama.
- Martin tidak menulis jalan cerita game ini, sebaliknya, dia menulis kisah yang terjadi sebelum era game ini; iaitu asas dan mitos ceritanya.
- Di From Software, mereka memiliki banyak kekangan terutamanya kepada penulis-penulis, jadi tidak sesuai untuk Martin menulis dengan banyak kekangan. Sebab itu Martin menulis mitos game ini, dimana imaginasi dan kreativitinya bebas disalurkan.
Elden Ring sedang dalam pembikinan untuk PS4, PC dan Xbox One dan tarikh keluarannya belum lagi diumumkan.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post