Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Share on FacebookShare on Twitter

GRYPHLINE dan pembangun Mountain Contour telah melancarkan kemas kini Version 1.3 untuk game free-to-play 3D RPG, Arknights: Endfield. Bertajuk “Sketches of Lost Heirlooms”, kemas kini ini boleh dimainkan di PlayStation 5, PC, iOS dan Android.

Bagi meraikan pelancaran Arknights: Endfield Version 1.3, pihak pembangun mengedarkan sebanyak 1,800 Oroberyl melalui mel dalam game sebagai pampasan untuk proses maintenance dan bug fix. Ganjaran ini diberikan kepada semua pemain yang telah mencipta akaun sebelum kemas kini bermula.

Teroka Sword Vault Dale

“Sketches of Lost Heirlooms” meluaskan dunia Talos-II dengan kawasan baharu: Sword Vault Dale yang perlu diterokai pemain untuk merungkai misteri “Lost Heirlooms”.

Kemas kini ini turut membawakan kandungan penceritaan baharu, termasuk misi penerokaan utama OD Project: Sky King Flats III serta side mission baharu seperti Deep Vaulted Steel, A Fistful of Reflections, dan Danse Macabre.

Watak Baharu

Kemas kini ini memperkenalkan dua 6-star operator baharu, masing-masing hadir bersama banner dan story event sendiri:

  • Mi Fu (Physical Guard): Boleh didapati mulai hari ini, 5 Jun hingga 26 Jun menerusi banner “Fists of No Regrets”. Mi Fu merupakan kapten bagi Wuling Watch, dan pemain boleh mengikuti misi dendamnya dalam acara A Fistful of Reflections. Di medan lawan, dia ialah penyerang fizikal dengan mobiliti tinggi yang mampu melakukan kombo basic attack sehingga empat kali berturut-turut, serta beralih antara Battle Skill dan Ultimate miliknya untuk memberikan tekanan berterusan kepada musuh.
  • Camille (Heat Vanguard): Akan tiba pada fasa kedua kemas kini ini bermula dari 26 Jun hingga 16 Julai menerusi banner “Expunger of Sin”. Camille merupakan penyiasat khas untuk Seš’qa. Kisah peribadinya Danse Macabre berkisarkan tentang kes jenayah misteri yang timbul oleh sampel darah tanpa nama. Dalam combat, Camille mampu mempercepatkan skill rotation pasukan dan meningkatkan kesan serangan kombo untuk seluruh skuad.

Mod Klasik “Contingency Contract”

Pemain tegar pasti akan suka Contingency Contract, iaitu mod cabaran endgame yang menawarkan tahap kesukaran boleh ubah suai, yang diadaptasi daripada dunia utama Arknights.

Bukannya membiarkan pemain menewaskan musuh dengan kuasa mentah semata-mata, mod ini membolehkan pemain menetapkan sendiri tahap kesukaran mengikut kehendak mereka.

Dengan mengaktifkan modifier khusus seperti “Test Criterion” dan “Key Criteria”, pemain boleh menetapkan pelbagai syarat yang positif dan negatif, lantas memaksa mereka menyesuaikan susunan pasukan serta strategi bagi setiap percubaan.

Penambahbaikan Quality-of-Life dan Sistem Industri

Bagi memenuhi maklum balas pemain, kemas kini ini membawakan beberapa perubahan keseimbangan dan juga penambahbaikan pada interface:

  • Factory Automation: Pemain boleh menggunakan fungsi “Backup Power” bagi mengelakkan kilang terhenti daripada beroperasi ketika berlaku gangguan blackout. Selain itu, sistem pembersihan automatik ditambah untuk masalah sekatan pada talian resipi, demi mengurangkan kerja penyelenggaraan manual.
  • Inventory Management: Ciri pengurusan inventori yang lebih kemas kini tersedia, termasuk fungsi Bulk Artificing untuk kelengkapan, Weapon Batch Dismantling, sistem lock management barangan yang lebih baik, serta label “Perfect Match” untuk memudahkan urusan essence farming.
  • User Interface Rework: Kemas kini ini meningkatkan kesedaran combat dengan memberikan petunjuk yang lebih jelas bagi serangan musuh dari luar skrin. Ia juga menawarkan peralihan antara tetapan controller serta keyboard/mouse pada semua menu, serta mengubah suai sistem Daily Task supaya lebih cepat dan mudah diselesaikan.

Arknights: Endfield boleh dimuat turun sekarang di PlayStation 5, PC (melalui Epic Games Store atau pelancar game rasmi), iOS dan Android.

Tags: Arknights: Endfield
ShareTweetSend
Previous Post

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Next Post

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

EA Sports FC 26 - Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd