Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch 2, RPG, Soulslike
0 0
0
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun FromSoftware telah mengumumkan bahawa Elden Ring Tarnished Edition akan dilancarkan secara rasmi di Nintendo Switch 2 pada 28 Ogos 2026.

Your journey to the Erdtree begins here. Rise, Tarnished.#ELDENRING Tarnished Edition is coming to #NintendoSwitch2 on August 28, 2026. pic.twitter.com/ko0liMaHij

— ELDEN RING (@ELDENRING) June 4, 2026

Versi ini hadir sebagai pakej lengkap untuk platform Nintendo, menggabungkan game asas tahun 2022 dengan expansion besarnya pada tahun 2024, Shadow of the Erdtree.

Namun, Elden Ring Tarnished Edition bukanlah port biasa.

Tarnished Edition memperkenalkan kandungan yang sepenuhnya baharu, termasuk dua starting class baharu (Heavy Knight dan Knight of Ides) bersama empat set armor baharu, senjata baharu, serta ciri yang lama dinanti-nantikan iaitu kebolehan mengubah suai spectral steed bernama Torrent dengan tiga skin armor berbeza.

Pemain di platform sedia ada tidak akan ketinggalan untuk menikmati kandungan tambahan ini. Pada hari yang sama (28 Ogos), kandungan ekstra ini akan dilancarkan sebagai pembelian berasingan yang dikenali sebagai Tarnished Pack DLC di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Sejak pelancaran asal, Elden Ring telah mencapai kejayaan besar selepas merangkul lebih 400 anugerah termasuk “Game of the Year” dan terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia.

Dibangunkan melalui kolaborasi antara pengarah Hidetaka Miyazaki dan penulis novel fantasi George R.R. Martin, action RPG ini telah menjadi antara game yang paling banyak dimainkan dalam dekad ini.

Tags: Elden Ring Tarnished EditionNintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Next Post

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd