Pihak Nintendo masih tidak mengakuinya, tetapi telah banyak laporan dikeluarkan daripada penganalisa dan orang dalam industri yang mengatakan perkakasan baru ini sedang dalam perancangan dan akan datang dalam bulan-bulan yang mendatang untuk memberi galakan kepada jualan konsol rumah merangkap mudah alih yang kini berada di pertengahan jangka hayatnya.
Dan kini, pengeluar aksesori terkemuka dari China iaitu HonSon telah menyenaraikan beberapa sarung atau case yang telah disekalikan dengan render sebuah konsol yang kelihatan tampak seperti apa yang dikhabarkan sebgai Nintendo Switch 2 Mini; yang adakalanya dirujuk sebagai Switch 2 Lite.
Ianya telah pun disebut-sebut daripada April 2017, jadi mungkin konsol revisi ini memang telah dirancang pembikinannya.
Gambar sumber: Honson
Versi ini dijangkakan akan kehilangan fungsi sambungan ke TV HD menggunakan dock. Mungkin ia akan menggantikan Nintendo 3DS CL dan Nintendo 2DS dalam barisan konsol mudah alih Nintendo. Berdasarkan laporan, konsol ini adalah lebih padat daripada Nintendo Switch sekarang.
Bercakap menerusi NintendoLife, HonSon mendedahkan bahawa rekacipta konsol tersebut adalah berdasarkan “maklumat sulit” yang telah mereka perolehi. Tetapi mereka akui yang ia mungkin tidak 100% tepat dan perlu tunggu untuk Nintendo mengesahkannya sebelum meletakkan sarung atau case tersebut untuk pengeluaran.
Gambar sumber: Honson
Selain daripada itu, Nintendo juga dilaporkan dengan merangcang Switch 2 Pro. Kelebihannya adalah paparannya bakal menggunakan panel OLED 1080p. OLED memiliki banyak kelebihan berbanding LCD, warna hitam lebih pekat dan warna lebih hidup. Ia juga menggunakan bateri lebih efisyen lebih-lebih lagi dalam dark mode.
Semestinya naik taraf ini akan melambungkan lagi harga konsol ini.
Sumber: T3
@gamersantaimy
Discussion about this post