Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main Watch Dog: Legion secara PERCUMA hujung minggu ini dan DISKAUN menarik di UbiStore

Free Trial Weekend bermula 26 Mac.

Amir Haziq by Amir Haziq
March 24, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Main Watch Dog: Legion secara PERCUMA hujung minggu ini dan DISKAUN menarik di UbiStore
Share on FacebookShare on Twitter

Anda boleh bermain Watch Dog: Legion secara percuma pada hujung minggu ini sempena Ubisoft Spring Sale yang sudah bermula dan dapatkan tawaran harga menarik untuk game anda.

Ubisoft telah mengumumkan Watch Dogs: Legion boleh dimainkan secara percuma bermula 26 Mac ini sehingga 29 Mac di Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PlayStation 5, serta PC di Epic Games Store dan Ubisoft Store. Pra-muat turun ini akan tersedia pada 25 Mac ini.

Setiap karakter akan tersedia untuk direkrut dan dimainkan semasa Free Trial Weekend di mod online serta single-player. Pemain boleh bermain aktiviti open world seperti bermain dart di pub dan mengambil bahagian dalam pergaduhan. Anda juga boleh menjelajah separuh daripada lapan borough termasuk City of London dan Islington & Hackney. Selain itu, pemain dapat mengetahui jalan cerita permainan ini hingga ke misi Skye Larsen.

Pemain yang ingin meneruskan permainan mereka akan menikmati potongan harga di Watch Dogs: Legion serta pas musim untuk platform terpilih seperti berikut:

  • Xbox: Bermula 23 Mac hingga 15 April, 50% potongan harga untuk edisi Standard dan Ultimate.
  • Playstation: Bermula 24 Mac hingga 31 Mac, 55% potongan harga untuk edisi Standard, 40% untuk edisi Ultimate dan 20% untuk pas musim.
  • Ubisoft Store di Windows PC: Bermula 18 Mac hingga 9 April, 50% potongan harga untuk edisi Standard, Gold serta Ultimate, dan 25% untuk pas musim
  • Epic Game Store di Windows PC: Bermula 25 Mac hingga 8 April, 50% potongan harga untuk edisi Standard, Gold serta Ultimate, dan 25% untuk pas musim.

Ubisoft juga menyediakan kandungan post-launch percuma untuk semua pemain Watch Dogs: Legion, kandungan eksklusif untuk pengguna pas musim untuk mod single-player dan online. Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut lagi mengenai tawaran serta waktu yang tepat di pautan ini.

Maklumat untuk pengguna pas musim, pada hujung bulan April, Mina akan tersedia untuk misi baru. Di hujung bulan Jun, Watch Dogs: Legion akan mengeluarkan Bloodline, iaitu jalan cerita baru yang mengandungi Aiden Pearce dari WatchDogs asal dan Wrench dari Watch Dogs 2 yang boleh dimainkan sepenuhnya di kempen single player dan online. Manakala pada bulan Ogos, Darcy akan tersedia sebagai karakter baru untuk misi-misi baru.

Di samping itu, sempena Ubisoft Spring Sale, anda boleh mendapatkan sehingga 80% di Ubistore untuk Far Cry New Dawn edisi Ultimate, Assassin’s Creed Origins dan The Crew 2. Antara permainan lain yang boleh anda dapatkan juga seperti Immortals Fenyx Rising edisi Standard dengan harga RM94.50 setelah 50% potongan harga, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege edisi Deluxe berharga RM31.35 setelah 67% potongan harga, Tom Clancy’s The Division 2 edisi Standard RM28.50 setelah 70% potongan harga dan Assassin’s Creed Valhalla edisi Ultimate berharga RM284.25 dengan 25% potongan harga.

Menarik tak tawaran yang diberi Ubisoft kali ini? Dapatkan game Watch Dog Legion secara percuma dan game favourite korang yang lain di UbiStore sekarang!

 

Tags: #WatchDogsLegionubisoftUbisoft Spring Sale
Previous Post

Tales from the Borderlands kini tersedia di Nintendo Switch!

Next Post

Razer mencapai hasil 1Billion USD & Menjalankan keuntungan semua jangkaan pada tahun 2020

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Razer mencapai hasil 1Billion USD & Menjalankan keuntungan semua jangkaan pada tahun 2020

Razer mencapai hasil 1Billion USD & Menjalankan keuntungan semua jangkaan pada tahun 2020

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd