Bersempena dengan ulang tahun yang ke-20 Tom Clancy’s Splinter Cell, pasukan developer Splinter Cell Remake berbesar hati ingin mengongsikan perkembangan melalui video yang membincangkan tentang inovasi gameplay baharu dan babak kegemaran daripada siri ini. ini kami sertakan videonya dibawah:
Bersama-sama dengan video tersebut, mereka juga menyertakan beberapa concept art awal. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Splinter Cell akan tersedia secara percuma bermula 18 November sehingga 30 November 2022 di Ubisoft Store.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Ubisoft telah mengesahkan yang Splinter Cell Remake kini dalam pembangunan di Ubisoft Toronto pada tahun 2021. Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan sebarang perkembangan mengenai game remake ini.
Apapun, video tersebut akan menampilkan Creative Director (Chris Auty, Technical Director (Christian Carriere), Senior Game Designer (Andy Schmoll dan Associate Director of Level Design (Zavian Porter) bagi menceritakan tentang gameplay dan banyak lagi. Berikut adalah gambar concept art yang dikongsikan:
Game asal – Tom Clancy’s Splinter Cell – telah dilancarkan pada tahun 2002 di pelbagai platform termasuk PS2 dan Xbox lalu dipuji pada masa itu kerana grafiknya yang mengagumkan dan aksi “stealth” yang menarik, manakala entri terakhir dalam siri ini iaitu Splinter Cell: Blacklist keluar di PS3, Xbox 360 dan Wii U pada tahun 2013. Berikut adalah serba sedikit mengenai Tom Clancy’s Splinter Cell (2002):
Menyusup kedudukan pengganas, memperoleh perisikan kritikal dengan apa-apa cara yang diperlukan, melaksanakan dengan prejudis yang melampau, dan keluar tanpa jejak!
Anda ialah Sam Fisher, seorang pegawai rahsia yang terlatih di bahagian rahsia NSA: Third Echelon. Keseimbangan dunia berada di tangan anda, kerana keganasan siber dan ketegangan antarabangsa akan meletup ke WWIII.
Menurut Steam
Setakat ini, Ubisoft masih belum mendedahkan maklumat tentang Splinter Cell Remake dengan lebih terperinci serta tarikh pelancarannya. Harapnya, kita akan mendengar berita baik mengenai game remake ini tidak lama lagi.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post