Dunia Battlefield 2042 kini makin berkembang dengan musim baru iaitu Season 3: Escalation! Alami aksi yang lebih menggemparkan dengan kereta kebal yang menggunakan teknologi canggih atau jelajah peta baru di hutan belantara – Spearhead – terletak di Sweden. Gunakan Specialist baru, Rasheed Zain dan kemahirannya untuk memusnah musuh yang sedang menyorok. Bukan itu sahaja, gunakan peralatan berteknologi tinggi seperti Rorsch MK-4 Railgun, NVK-S22 Smart Shotgun dan NVK-P125 Bullpup Shotgun untuk mengetuai skuad ke kemenangan. Tidak lupa juga pisau yang boleh dicampak. Akhir sekali, sebanyak 100 peringkat content Percuma dan Premium menunggu kita untuk unlock dalam Season 3 Battle Pass!
Berikut adalah huraian untuk Battlefield 2042 – Season 3: Escalation.
Peta baru: Spearhead
Berdasarkan hutan belantara Sweden, ini ialah peta Battlefield pertama yang berpangkalan di Sweden. Saiz peta adalah sama besar dengan pate Stranded, dengan dua fasiliti pembuatan separuh automatik Nordvik yang mengandungi persenjataan dan komponen berteknologi tinggi untuk mesin cuaca. Fasiliti ini dikelilingi dengan batu-bata untuk meningkatkan perlindungan, dan landskap yang sesuai untuk pertempuran darat dan udara.
Kenderaan baru EMKV90-TOR Tank
Kereta kebal yang menggunakan teknologi canggih, direka untuk membantu pemain melintasi peta baru. Ia mempunyai senapang yang menakutkan dipasang di atasnya. Kereta kebal ini mampu beralih kepada dua mode iaitu:
Mobility Mode
Mampu bergerak dengan pantas merentasi landskap untuk mengangkut anda dan penumpang, ia juga mampu melepaskan tembakan yang memusnahkan pada musuh anda.
Siege Mode
Mode ini akan membuatkan pergerakan kereta kebal anda menjadi perlahan, tetapi ia memberi tembakan yang lebih kuat berbanding di Mobility Mode. Anda juga akan mempunyai kestabilan yang lebih baik dan tembakan yang lebih pantas.
Senjata baru
Untuk kemas kini kali ini, DICE telah menambah tiga senjata baru iaitu Rorsch MK-4 Railgun, NVK-S22 ‘Smart’ Shotgun dan NVK-P125 Bullpup pistol. Kemas kini ini juga membawa kembali throwing knife yang diminati oleh para peminat Battlefield.
Rorsch MK-4 Railgun adalah senjata yang dibuat dengan teknologi canggih. Ia menggunakan daya elektromagnet untuk melancarkan peluru pada kelajuan yang tidak masuk akal. Menawarkan underbarrel serba boleh yang mempunyai pelbagai mode penembakan, senjata ini terbukti berkuasa kepada mereka yang mampu menguasai masa pengecasannya.
NVK-S22 ‘Smart’ shotgun adalah senjata dual-barreled semi-automatic yang menawarkan kuasa pemusnah hebat dalam pakej yang padat dan lincah. Terkejutkan musuh anda dan jadi penguasa pertempuran jarak dekat.
NVK-P125 Bullpup pistol dihasilkan khas sebagai senjata sampingan semi-automatic yang ideal untuk bertempur dengan musuh pada jarak jauh dengan tembakan tepat.
Vault Weapon baru
Senjata baru seperti XM8 LMG, A-91 dan banyak lagi boleh didapati oleh pemain selepas menyelesaikan Assignment dalam mode All-Out Warfare.
Specialist baru Rasheed Zain
Rasheed Zain ialah Specialist baru untuk Battlefield 2042 Season 3. Watak ini berasal daripada Mesir dan pernah berkhidmat untuk tentera Mesir menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong. Kini, dengan kaki prostetik canggih, dia menjadi ahli No-Pats dan ditempatkan di Nordvik Weapon Facility yang berada di Sweden Utara.
Menurut DICE, dia boleh pulihkan kembali nyawanya selepas membunuh musuh dan mempunyai kemahiran bernama Airbust Launcher yang boleh mengeluarkan musuh daripada tempat persembunyian mereka.
Gameplay Update
Peta
Dua peta akan mendapat rework untuk Season 3 kali ini iaitu Manifest dan Breakaway. Untuk Manifest, bendera akan didekatkan antara satu sama lain supaya pemain boleh beraksi dengan lebih pantas dan beberapa perkara kecil seperti mengalihkan benda di sekeliling peta, meningkatkan pencahayaan, visibility dan sebagainya.
Breakaway pula akan mempunyai rework yang lebih banyak. Terdapat banyak perubahan yang telah dibuat seperti perubahan kawasan point-of-interest, laluan baharu dan banyak lagi.
Class
Disebabkan maklum balas pemain yang terlalu banyak, DICE akan menggunakan maklum balas tersebut dan ujian dalaman untuk melaksanakan struktur awal sistem pada penghujung Season 3 dan ini membuatkan mereka percaya bahawa ia akan mendorong Battlefield 2042 menjadi seperti sistem Battlefield klasik.
Setiap Class akan menerima peralatan khusus dan gajet khas. Selain itu, kecekapan senjata juga akan diberikan kepada setiap Class yang boleh memberikan faedah kepada gameplay. Sebagai contoh, jika anda bermain sebagai Recon dan menggunakan sniper, anda akan menahan nafas untuk setiap set skop supaya tidak mempunyai recoil yang besar.
Anda boleh bermain Battlefield 2042 secara percuma pada 1 Disember – 4 Disember untuk Xbox, 1 Disember – 5 Disember untuk PC di Steam dan untuk PlayStation pula pada 16 Disember – 23 Disember.
Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post