Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara Free Weekend untuk francais popularnya, Assassin’s Creed. Secara lagi spesifik, pemain tidak kira apa platform dapat mencuba lima game Assassin’s Creed secara percuma bermula 11 Ogos hingga 15 Ogos! Di sini, pemain boleh memuat turun dan memainkan Assassin’s Creed Valhalla, Assassin’s Creed IV Black Flag, Assassin’s Creed II, Assassin’s Creed Brotherhood dan Assassin’s Creed Revelations tanpa perlu membayar satu sen.
Semasa tempoh Free Weekend, pemain mempunyai akses kepada semua kandungan Edisi Standard (tidak termasuk DLC) untuk setiap game. Sebarang kemajuan yang dibuat semasa tempoh acara, akan dibawa ke versi penuh jika anda membuat keputusan untuk membeli game.
Berikut adalah sedikit bio tentang game Assassin’s Creed yang ditawarkan:
Assassin’s Creed II
Assassin’s Creed II dibuat pada tahun 2009 dan merupakan entri kedua dalam siri Assassin’s Creed dan sekuel Assassin’s Creed 1.
Jalan cerita berlatarkan abad ke-21 dan mengisahkan tentang Desmond Miles ketika dia mengalami semula memori moyangnya, Ezio Auditore da Firenze, untuk membongkar misteri yang ditinggalkan oleh bangsa purba yang dikenali sebagai First Civilization – dengan harapan untuk menamatkan konflik Assassin-Templar. Naratif utama berlaku pada era Renaissance di Itali dari 1476 hingga 1499, dan mengikuti perjalanan Ezio sebagai Assassin sambil membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian bapa dan abangnya.
Assassin’s Creed Brotherhood
Assassin’s Creed: Brotherhood dibuat pada tahun 2010 dan merupakan entri ketiga dalam siri dan bab kedua dalam “Ezio Trilogy”.
Masih menceritakan tentang Desmond Miles, dia menggunakan mesin Animus untuk mencari jalan bagi mengelakkan kiamat 2012. Meneruskan memori Ezio Auditore, naratif kini berubah ke Perang Itali, yang menjangkau tahun 1500–1507, di mana Ezio perlu menentang para Templar (diketuai oleh keluarga Borgia) di Rom, di mana dia cuba untuk membina semula Assassin Brotherhood di Itali dan membebaskan bandar itu daripada kawalan Borgia.
Assassin’s Creed Revelations
Assassin’s Creed: Revelations dibuat pada tahun 2011 dan merupakan entri keempat dalam siri dan finale kepada “Ezio Trilogy”.
Sebagai penamat kepada kisah Ezio, naratif utama menjangkau tahun 1511–1512 dan mengisahkan Ezio Auditore yang lebih tua ketika dia pergi ke Constantinople untuk mencari lima kunci yang diperlukan untuk membuka perpustakaan binaan Altair Ibn-LaʼAhad (protagonis game pertama). Di Constantinople, Ezio terperangkap dalam perang untuk takhta Uthmaniyyah dan mesti membongkar konspirasi Templar Byzantine, yang cuba mengawal bandar itu dan memperoleh kunci bagi mencuri rahsia yang dikumpul oleh Altair.
Assassin’s Creed IV Black Flag
Assassin’s Creed IV: Black Flag dibuat pada tahun 2013 dan merupakan entri keenam dalam siri.
Kisah utama berlatarkan di Hindia Barat semasa Zaman Keemasan Lanun dari 1715 hingga 1722 dan mengikuti seorang lanun Welsh bernama Edward Kenway, (datuk kepada protagonis Assassin’s Creed III Ratonhnhaké:ton/Connor dan bapa kepada antagonist Haytham Kenway), ketika dia mencari harta karun dan lokasi mitos bernama “the Observatory”, yang dicari oleh para Assassin dan Templar. Tidak seperti game sebelumnya, elemen gameplay Black Flag lebih menumpukan pada penerokaan kapal bagi peta open world, sambil mengekalkan aspek penerokaan berasaskan third-person, pertempuran jarak dekat dan sistem stealth yang ikonik dalam siri.
Assassin’s Creed Valhalla
Antara game yang lebih moden, Assassin’s Creed Valhalla dibuat pada tahun 2020 dan merupakan entri ke-12 dalam siri.
Berlaku sekitar tahun 872–878 AD, game ini menceritakan kisah fiksyen apabila warga Viking meluaskan jejak di Kepulauan British. Pemain akan mengawal Eivor Varinsdottir, seorang Viking yang cuba menubuhkan klan baharu di England, tetapi tanpa sengaja melibatkan diri dalam konflik berabad antara Assassin Brotherhood, yang memperjuangkan keamanan dan kebebasan, dan Templar Order, yang ingin mengawal dunia.
Sempena Free Weekend, francais Assassin’s Creed akan dijual dengan diskaun sehingga 85% di platform PlayStation, Xbox dan PC. Diskaun ini termasuk untuk semua game Assassin’s Creed, dan bukan sahaja untuk lima game di atas. Untuk info lanjut, sila layari Ubisoft Store.
Tidak lama lagi, Ubisoft akan melancarkan Assassin’s Creed Mirage, entri utama terbaru yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post