Saya buat kali pertama baru sahaja dengar tentang Magia Record hari ini, tetapi nampaknya game ini mempunyai fanbase yang agak tinggi. Disebabkan hal ini, developer Aniplex USA ingin mengeluarkan game ini untuk peminat di seluruh dunia pada musim panas ini!
Tajuk penuh pun agak mengelirukan. Ia adalah Magia Record: Puella Magi Madoka Magica Side Story dan game ini berdasarkan siri anime popular di Jepun. Mobile game ini telah dikeluarkan di Jepun sejak 2017, dan mempamerkan karakter daripada siri anime tersebut.
Saya tidak pasti bagaimana untuk main lagi game ini, atau jalan ceritanya berkisarkan apa, tetapi korang semua boleh lihat trailer di bawah. Mana tahu korang tahu lebih daripada saya. Boleh share-share info di ruang komen.
Selain itu, laman web rasmi juga didirikan, bagi pelancaran akan datang game ini. Apabila lebih banyak maklumat didedahkan, pasti kami beritahu! Jangan risau!
Sumber – Magiarecord
@gamersantaimy
Discussion about this post