Sekali lagi kami dapat menemuramah dua orang hebat dari Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan di acara League of Legends siang tadi iaitu Chris Tran Head Of Esports dan Marc John Head of Marketing! Kedua mereka tersangatlah sempoi! Jom berkenalan serba sedikit dahulu mengenai dua orang hebat ini;
Chris Tran adalah Ketua Esports untuk Asia Tenggara di Riot Games dan berada dibawah Riot selama 6 tahun! Beliau mengetuai pasukan berpangkalan di Singapura dalam bidang pembangunan perniagaan, operasi liga e-sukan, pengurusan hubungan Riot dengan Garena, pemasaran bersama League of Legends dan banyak lagi. Manakala Marc Johns pula dalam peranannya sebagai Ketua Pemasaran untuk Asia Tenggara di Riot Games, Marc mengawasi semua usaha pemasaran dan komunikasi di rantau ini, dengan fokus pada membina dan memupuk hubungan jangka panjang yang bermakna dengan pemain Asia Tenggara.
Jadi kita teruskan kepada ulasan temu ramah, beberapa perkongsian telah dikongsikan oleh mereka berdua. Seperti yang sedia maklum, dan kami telah mengongsikan video siri animasi terbaru oleh League of Legends di acara tadi, kami ingin tahu, bahawa ianya ditayangkan dimana sama ada di Netflix ataupun terus di laman web rasmi Riot Games, tetapi mereka menyatakan bahawa yang utama sekarang adalah menyelesaikan kesemua produk lain dahulu dan kemudian terus mempertimbangkan keluaranya dimana “kami akan memastikan ketersediaan dan kami pasti akan mengemas kininya pada masa akan datang”.
Mereka berdua menyatakan bahawa datangnya siri ini adalah untuk perkongsian IP asal kepada pemain diseluruh dunia kerana ianya penting untuk mereka. Membinanya ke media yang berbeza memberi peminat banyak peluang untuk berinteraksi dengan mereka di luar permainan dan akan menjadi sesuatu yang menarik untuk Riot Games.
Di studio yang mereka kerjasama iaitu Fortiche, mereka adalah orang yang melakukan banyak video animasi seperti yang dilihat di treker, di muzik video Jynx ianya kerana mereka mempunyai gaya animasi yang sangat cantik dan terbaik untuk Riot Games bagi mencari rakan kongsi yang boleh membangunkan kualiti yang sangat penting!
Setiap permainan untuk masa hadapan pasti ada pasang surut, terutama makin ramai pencabar yang hadir dan perkembangan game MOBA makin berleluasa terutama untuk Riot Games yang kini mula berkecimpung untuk platform mobile dan konsol. Mereka menyatakan sudah tentu ia akan menjadi pertimbangan untuk mereka tetapi mereka tahu dimana untuk menyesuaikan diri dengan para pemain Riot Games dan sesuai denga gaya hidup mereka.
Chris dan Marc menyatakan Riot akan cuba meningkatkan genre dengan cara yang bermakna, memastikan keterlibatan dan tanggapan masyarakat untuk menjadi gelung umpan seperti ketika pemain mempunyai maklum balas untuk mereka membawa perubahan dan kemas kini terhadap permainan. Jadi dengan bekerja rapat bersama masyarakat dan meibatkan komuniti membolehkan mereka untuk mencipta produk yang akan membuat peminat teruja untuk perkongsian bersama rakan-rakan dan berpotensi untuk berusaha dan mengembangkan playerbase.
Beralih pula kepada bidang esports, kami turut bertanyakan jika ada lebih banyak acara komuniti League of Legends yang akan hadir kelak. Dan mereka menyatakan terdapat beberapa cara yang mereka akan mendekati sama ada mewujudkan kejohanan atau peluang untuk pemain bermain antara satu sama lain, dan itu akan menjadi titik penting kepada mereka.
Esports telah disebutkan sebelum ini tetapi untuk pertandingan masyarakat, terdapat beberapa cara yang kita boleh mendekati sama ada ia sendiri mewujudkan kejohanan atau peluang untuk pemain bermain antara satu sama lain, itu pasti penting bagi kita. “Kami tahu ada beberapa inisiatif yang menjadikan permainan berasa bermakna”.
Manakala antara yang terakhir mereka kongsikan mengenai permainan baru mereka yang bakal dilancarkan tahun depan, pekara yang paling penting adalah untuk pemain suka dengan hasil mereka. Jadi, selain dari reka bentuk permainan, kita perlu memastikan bahawa infrastruktur pelayan berada bersama, sokongan pemain dan melakukan segalanya di sekitar permainan supaya pemain akan merasai pengalaman yang hebat!
Okay sampai disini sahaja perkongsian kami. Terima kasih kepada Chris Tran dan Marc John yang meluangkan masa bersama kami untuk serba sedikit perkongsian sempena acara ulangtahun ke-10 League of Legends ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post