Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LoL: Wild Rift jadi MOBA “mati” pada 2023, hanya sokong esports di Asia sahaja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2022
in Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
LoL: Wild Rift jadi MOBA “mati” pada 2023, hanya sokong esports di Asia sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu, ramai anggap League of Legends: Wild Rift boleh menjadi pencabar kepada Mobile Legend: Bang Bang sebagai game mobile MOBA esports terbesar di dunia. Namun setelah 2 tahun dikeluarkan, nampaknya ia gagal menepati menarik perhatian orang ramai. Malah, ramai yang mengelar Wild Rift sebagai game MOBA “mati” berikutan keputusan Riot Games untuk menamatkan sokongan esports di luar Asia.

Kisahnya begini:

Sumber – Riot Games

Kejohanan esports global pertama untuk Wild Rift ialah Horizon Cup yang berlangsung di Singapura dan jumlah penonton tertinggi hanyalah sebanyak 62,885. Walaupun angkanya nampak bagus, ia sangat jauh daripada jumlah tonton kejohanan MOBA lain seperti Mobile Legends: yang berjaya capai lebih 3 juta.

Pada tahun 2022, Riot melancarkan musim pertama untuk kejohanan Wild Rift – Global Championship Icons untuk mencari Juara Dunia pertama. Malangnya, jumlah penonton semakin menurun dan hanya cecah 54,261 sahaja – lebih rendah daripada Horizon Cup.

Jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena dengan adegan esports Wild Rift tetapi komuniti masih berpegang harapan bahawa Riot dapat mengubah keadaan. Itu juga tidak berlaku. Sebaliknya, Riot baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan segala esports Wild Rift di seluruh dunia kecuali Asia.

Next Steps for Wild Rift Esports: https://t.co/48Bx38qW8U pic.twitter.com/kO2YxKzivq

— Wild Rift Esports (@WildRiftEsports) November 21, 2022

Di sini, Riot berkata mereka akan melancarkan Liga Wild Rift baharu di Asia dengan 12 pasukan dari WRL China dan lapan pasukan dari rantau Asia. Liga ini akan menjadi sorotan esports Wild Rift pada tahun 2023 dan akan dipecahkan kepada dua bahagian setiap tahun. Selain itu, Riot tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut.

Seterusnya, Riot tidak akan terlibat dalam mana-mana kejohanan esports. Sebaliknya, mereka ingin “membuka peluang” untuk kejohanan pihak ketiga oleh pihak penganjur lain. Cuma, Riot tidak menjelaskan secara terperinci jika mereka akan menyokong atau tidak kejohanan pihak ketiga tersebut.

Reaksi komuniti

Sudah tentu, ramai di dalam komuniti amat terkejut dengan pengumuman Riot. Organisasi esports hebat seperti TSM (yang merupakan antara orang paling awal untuk melabur ke ekosistem Wild Rift) telah mengumumkan mereka akan berpisah dengan game itu.

Hoje anunciamos nossa despedida do cenário de Wild Rift.

Foram 2 anos de batalhas e conquistas, de uma família dentro e fora de jogo. Uma história linda, um capítulo inesquecível da #TSM no Brasil.

Aos nossos jogadores, aos fiéis torcedores e a esta linda comunidade: obrigado. pic.twitter.com/Yd4Pl1qfF4

— TSM Brasil 🇧🇷 🏆 #TSM100 (@TSM_BR) November 21, 2022

Pengulas esports, Caster Imperium, yang turut ada semasa Wild Rift Global Championship Icons, meluahkan pendapatnya dengan lebih ekstrem di mana dia menganggap pengumuman itu sebagai “gurauan bodoh”.

Bahahaha fucking bullshit! Go fuck yourself Wildrift & Riot. Like it's such messed up logic to tell all other regions to go fuck themselves and hide it behind "unlocking third party tournaments" 😂 joke

— Cormac W (@EvT_ImPERium) November 21, 2022

Daripada pandangan orang luar, ramai merasakan Riot sedang “membunuh” potensi WR untuk berkembang di Barat dan saya sebenarnya setuju dengan pendapat mereka. Tanpa sokongan daripada Riot rantau-rantau tertentu, terdapat kurang insentif untuk orang bermain game itu.

Malah, caster dan penyokong tegar WR, HellsDevil, juga memuat naik video tentang isu ini di YouTube.

Adakah Wild Rift betul-betul game “mati”?

Jawapannya mungkin Ya. Wild Rift masih berkembang tetapi pada tempo yang amat perlahan. Masa depan game itu pun masih belum pasti kerana kategori game mobile MOBA sangat padat, jadi ia mungkin mengambil masa untuk Wild RIft untuk bersaing dengan game yang lebih berjaya seperti Mobile Legends.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Wild Rift, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
League of Legends: Wild Rift
Publisher: Riot Games
Release Date: 2020-10-27
Android, iOS
League of Legends: Wild Rift adalah game Multiplayer Online Battle Arena yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games untuk Android dan iOS. Permainan ini adalah versi ringkas dari padarakan PC-nya, League of Legends.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsMOBAMobileWild Rift
Previous Post

Ace Angler Fishing Spirits M Kini Tersedia di Android dan iOS! Download Sekarang!

Next Post

Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!

Sniika keluarkan koleksi Under 18: Attitude, dapatkan baju & kasut premium sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd