Game memancing popular, Ace Angler kini hadir ke platform mobile. Bertajuk “Ace Angler Fishing Spirits M”, game tersebut akan tersedia di App Store dan Google Play. Anda yang sudah lama ingin bermain game ini, bolehlah main game ini di peranti masing-masing!
Terdapat lebih daripada 100 jenis hidupan laut untuk ditangkap melalui 7 stage. Berlawanlah dengan pemain lain di seluruh dunia untuk mendapat ranking tertinggi.
Tentang Ace Angler
Untuk pengetahuan anda, Ace Angler merupakan sebuah game memancing arcade. Pemain akan menggunakan controller joran untuk menangkap ikan yang berenang di skrin besar. Tangkap hidupan laut seperti ikan badut, boxfish, jerung dan sotong gergasi. Dapatkan medal daripada setiap tangkapan dan gunakannya untuk joran yang lebih baik. Lebih besar tangkapan anda, lebih banyak medal yang boleh diperolehi.
Untuk Ace Angler Fishing Spirits M, anda boleh mencuba teknik Thunder Bolt dan stage memancing yang diperkenalkan dalam siri Ace Angler. Buka stage dan tangkap sebanyak ikan yang boleh untuk penuhi Fish Encyclopedia anda! Terdapat mode Ranking yang membolehkan pemain berlawan dengan pemain di seluruh dunia.
Jadi apa tunggu lagi. Cepat-cepat pergi ke gedung aplikasi masing-masing untuk memancing! Kalau anda inginkan maklumat lanjut mengenai game ini, sila lawati laman web rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Ace Angler daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post