Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Little Witch Academia: VR Broom Racing akan keluar di PSVR & Steam VR pada Julai 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2021
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, VR
0 0
0
Little Witch Academia: VR Broom Racing akan keluar di PSVR & Steam VR pada Julai 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Little Witch Academia: VR Broom Racing bukan lagi game eksklusif untuk Oculus Quest kerana akan keluar di tiga alat VR tambahan pada bulan Julai 2021. Secara khusus lagi, untuk sesiapa yang yang mempunyai PSVR, Steam VR, atau Oculus Rift, anda dapat mencuba Little Witch Academia: VR Broom Racing bermula 15 Julai, 2021!

Little Witch Academia: VR Broom Racing adalah berdasarkan sebuah siri anime popular di mana pemain boleh berlumba bersendirian atau menentang orang lain di dunia Luna Nova. Matlamat pemain adalah untuk membuktikan kita adalah yang TERBAIK dalam aspek terbang. Seperti biasa, terdapat kempen yang menampilkan watak seperti Akko, Lotte dan Sucy. Pemain juga boleh mencipta penyapu (broom) ciptaan sendiri untuk terbang. Bagi aspek multiplayer, ia adalah cross-platform. Itu bermaksud kita dapat berlumba dengan pemain yang menggunakan alat peranti VR berbeza.

Berikut adalah trailer baru yang meraikan pelancaran Little Witch Academia: VR Broom Racing di tiga alat VR diatas. Selain daripada menunjukkan lakonan suara bahasa Inggeris, pemain juga dapat mendengar lagu tema, “Dream Flight.”

Bagi mereka yang tidak tahu, Little Witch Academia: VR Broom Racing sudah lama muncul di Oculus Quest pada Oktober 2020. Sepatutnya dikeluarkan pada awal tahun 2020, ia ditunda ke hujung tahun.

Little Witch Academia adalah siri anime Jepun yang dihasilkan oleh studio TRIGGER, salah satu studio animasi terkemuka yang diasaskan oleh pencipta di sebalik anime ikonik seperti Neon Genesis Evangelion. Siri ini terdiri daripada dua filem pendek, serta siri televisyen 25 episod yang kini tersedia di Netflix.

Sekali lagi saya ingatkan, Little Witch Academia: VR Broom Racing akan keluar di PSVR, Steam VR, dan Oculus Rift pada 15 Julai 2021. Permainan kini boleh didapati di Oculus Quest.

Sumber – Little Witch Academia

Tags: animeLittle Witch Academia: VR Broom RacingOculus RiftpsvrSteam VR
Previous Post

Watak baru dan Sistem game SCARLET NEXUS didedahkan!

Next Post

Siap sedia ke medan perang semula! Battlefield 6 bakal tiba ke konsol anda tidak lama lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Siap sedia ke medan perang semula! Battlefield 6 bakal tiba ke konsol anda tidak lama lagi

Siap sedia ke medan perang semula! Battlefield 6 bakal tiba ke konsol anda tidak lama lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd