Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA hero ISEKAI paling hebat buat masa ini!

Kadangkala mereka terlalu OP atau terlalu lemah.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 19, 2019
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
LIMA hero ISEKAI paling hebat buat masa ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak pernah ada hero Isekai yang tersekat di tengah. Hero-hero ini pasti terlalu OP kerana dapat menggunakan pelbagai jenis sihir atau mempunyai barang ajaib yang menjadikan mereka lebih kuat daripada biasa. Sangat jarang lah hero tidak terlalu kuat atau tidak terlalu lemah.

Hero di dalam senarai ini sangat ekstrem dan merupakan hero isekai yang paling kuat dalam siri sejarah anime buat masa ini. Jadi mari saya memperkenalkan para hero kami:

Naofumi Iwatani – Rising of the Shield Hero

Anda mungkin berfikir bahawa Naofumi Iwatani sangat lemah kerana dia hanya menggunakan perisai, tetapi tanggapan itu sangat salah sama sekali. Naofumi mempunyai sikap yang baran tetapi berjaya mengawalnya dengan baik di sebalik personaliti yang tenang dan rasional. The Legendary Shield yang yang dia ada sebenarnya pernah dimiliki oleh sekumpulan empat hero yang menggunakan pedang, tombak, dan busur masing-masing. Selepas dikhianati oleh Princess Malty, Naofumi menjadi seorang lelaki yang dibenci. Rising of the Shield Hero dikeluarkan pada lewat tahun 2019 dan disiarkan sebanyak 25 episod.

Naofumi Bye GIF from Naofumi GIFs

[Blank] – No Game No Life

Blank terdiri daripada dua individu: Shiro dan Sora di mana Shiro adalah abang, dan Sora adalah adik. Blank adalah IGN yang mereka gunakan dan kedua-dua adik beradik itu adalah NEET hikikomori yang mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bermain permainan video. Apabila kedua adik beradik itu bergabung, mereka memenuhi kekuatan dan kelemahan masing-masing, serta tidak akan dikalahkan oleh apa-apa dalam dunia Disboard. Siri ini mengikuti pengembaraan mereka dalam Disboard ketika mereka cuba menyatukan 16 kaum dalam siri ini. No Game No Life telah dikeluarkan pada awal tahun 2014 dan disiarkan selama 12 episod.

Nogamenolife Sora GIF from Nogamenolife GIFs

Izayoi Sakamaki – Problem Children Are Coming From Another World, Aren’t They?

Izayoi Sakamaki ialah antara hero Isekai yang mempunyai kuasa psikik yang terkuat di dalam sejarah. Lebih kuat daripada orang lain, dia diseru oleh Black Rabbit ke Little Garden untuk membantu sebuah komuniti yang dikenali sebagai “No Names” yang telah dimusnahkan oleh Demon Lord. Problem Children Are Coming From Another World, Aren’t They? dikeluarkan pada lewat tahun 2013 dan disiarkan selama 10 episod.

Izayoi GIF from Izayoi GIFs

Rimuru Tempest – That Time I Got Reincarnated As A Slime

Rimuru Tempest, yang dahulu dikenali sebagai Satoru Mikami, adalah seekor slime yang mengasaskan kota Tempest. Apabila Satoru dihidupkan semula sebagai slime, dia mendapat banyak kebolehan berbeza seperti mimicry, nullification, dan magic. Dia diberi nama Rimuru Tempest oleh Veldora the Storm Dragon sebagai balasan untuk bantu Veldora keluar dan kini mencipta sebuah kota yang dihuni oleh pelbagai kaum raksasa. That Time I Got Reincarnated As A Slime dikeluarkan pada tahun 2018 dan disiarkan selama 24 episod.

Anime Rimuru Tempest GIF from Anime GIFs

Shin Walford – Wise Man’s Grandchild

Salah satu watak isekai paling kuat sekarang, Shin Walford boleh menggunakan sihir yang tidak terhingga dan juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Tidak ada apa-apa yang Shin tidak boleh buat … kecuali menggunakan akal. Shin sangat kuat, tetapi dia juga amat janggal. Beliau menghadiri Magic Academy di mana dia mengagumkan semua orang dengan kemahirannya, terutama beberapa interaksi yang menarik dengan Sicily von Claude, gadis yang meminatinya. Wise Man’s Grandchild dikeluarkan pada awal tahun 2019 dan disiarkan selama 12 episod.

Shin Wolford GIF from Shin GIFs

Tags: Aren't They?heroISEKAINo Game No LifeProblem Children Are Coming From Another WorldRising of the Shield HeroThat Time I Got Reincarnated as a SlimeWise Man's Grandchild
Previous Post

BRAWLHALLA nampaknya akan ke platform Mobile tahun 2020 dan ia adalah Free-to-Play!

Next Post

Ucapkan selamat tinggal pada Loot Crate berbayar dalam PUBG PC bermula bulan hadapan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Ucapkan selamat tinggal pada Loot Crate berbayar dalam PUBG PC bermula bulan hadapan!

Ucapkan selamat tinggal pada Loot Crate berbayar dalam PUBG PC bermula bulan hadapan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd