Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Liliana Vampaia, Vtuber Malaysia akan turut serta di acara ANIME FEST!

Maira by Maira
April 27, 2022
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Liliana Vampaia, Vtuber Malaysia akan turut serta di acara ANIME FEST!
Share on FacebookShare on Twitter

Selama ini anda hanya tonton strim daripada Lili di Youtube sahaja kan? Kami ada berita baik kepada semua tomato-san! Liliana Vampaia akan turut serta dalam acara ACG terbaru Mei ini, Anime Fest. Jom, kami ceritakan secara ringkas mengenainya.

Melalui siaran Facebook oleh Comic Fiesta, anda berpeluang untuk bertemu dengan Lili di booth khas MyHolo TV! Kalau anda tidak tahu, Liliana Vampaia merupakan salah seorang Vtuber Malaysia yang popular. Kini, Lili mempunyai jumlah langganan hampir 150 ribu. Bukan itu sahaja, Lili juga akan ditemani dengan rakannya yang lain, Virion Kisei, Lunaris Urufi, dan HØRI 07. Meriah sungguh booth MyHolo TV nanti. Jadi, kalau anda ingin bertemu dengan Liliana Vampaia dan Vtuber lain, anda sudah boleh rancang perjalanan untuk ke Anime Fest nanti!

Anime Fest akan berlangsung selama empat hari bermula 12 Mei sehingga 16 Mei 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Anda boleh ke sana dengan menaiki kenderaan atau menggunakan perkhidmatan bus shuttle melalui stesen LRT berhampiran. Anda tidak perlu risau mengenai tiket kerana masuk adalah percuma disebabkan ianya acara mall.

Memandangkan acara ini akan membawa kembali aktiviti-aktiviti terdahulu, jadi anda boleh nantikan beberapa cosplayer hebat yang akan mengikuti acara ini. Sudah tentu cosplayer-cosplayer ini akan membuka booth mereka. Jadi, anda bolehlah singgah sebagai sokongan terhadap mereka.

Anime Fest

Pelbagai booth juga pasti dibuka dengan jualan barangan seperti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, gundam dan banyak lagi merch lain. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan merch dan barangan eksklusif lain di Anime Fest. Pertandingan juga mungkin akan diadakan untuk game TCG seperti Yu-Gi-Oh atau Vanguard.

Kalau anda terlepas beberapa acara ACG yang berlangsung dulu, boleh buat perancangan untuk hadir ke Anime Fest ini. Mana lah tahu kalau melepas lagi. Kami juga akan mengikuti kemas kini untuk acara ini, jadi anda tidak akan terlepas sebarang maklumat penting mengenainya. Comic Fiesta juga dipertimbangkan untuk diadakan pada bulan Disember seperti tahun sebelum ini. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.

Tags: Anime FestLiliana VampaiaMyholo TVVTuber
Previous Post

Siri anime Pokémon Hisuian Snow akan datang ke Youtube 18 Mei ini!

Next Post

PUBG Mobile X Evangelion, kolaborasi anime kedua akan tiba Mei 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
PUBG Mobile X Evangelion, kolaborasi anime kedua akan tiba Mei 2022

PUBG Mobile X Evangelion, kolaborasi anime kedua akan tiba Mei 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd