Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ANIME FEST – Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!

Maira by Maira
March 28, 2022 - Updated on May 9, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Manga
0 0
0
ANIME FEST – Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak berlakunya pandemik COVID-19 memang banyak acara-acara terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Acara ACG yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat anime, Comic Fiesta telah ditangguhkan hampir dua tahun. Berita baiknya, acara-acara ACG sudah pun diadakan kembali seperti Animangaki, Nijigen Expo 2022 dan Season4Otaku yang baru sahaja berlangsung. Comic Fiesta juga tidak ketinggalan dengan pengumuman terbaru daripada mereka di media sosial! Pada bulan Mei ini, Anime Fest yang merupakan acara terbaru Comic Fiesta akan membawa kembali acara ACG mini yang dinanti-nantikan.

Anime Fest akan berlangsung selama empat hari bermula 12 Mei sehingga 16 Mei 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Anda boleh ke sana dengan menaiki kenderaan atau menggunakan perkhidmatan bus shuttle melalui stesen LRT berhampiran. Anda tidak perlu risau mengenai tiket kerana masuk adalah percuma disebabkan ianya acara mall.

Memandangkan acara ini akan membawa kembali aktiviti-aktiviti terdahulu, jadi anda boleh nantikan beberapa cosplayer hebat yang akan mengikuti acara ini. Sudah tentu cosplayer-cosplayer ini akan membuka booth mereka. Jadi, anda bolehlah singgah sebagai sokongan terhadap mereka.

Pelbagai booth juga pasti dibuka dengan jualan barangan seperti ti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, gundam dan banyak lagi merch lain. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan merch dan barangan eksklusif lain di Anime Fest. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mengetahui lokasi dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang acara tersebut.

Selain itu, terdapat juga aktiviti atau quest tersedia dalam acara ini. Jika dahulu, anda mungkin kena kumpulkan stamp atau cop untuk menuntut hadiah hebat daripada pihak penganjur. Jadi, tidak salah untuk anda mengikuti pengumuman lanjut mengenainya. Bukan setakat itu sahaja, Vtuber Malaysia, Liliana Vampaia juga turut serta dalam acara ini bersama-sama ahli MonstarZ yang lain!

Kalau anda terlepas beberapa acara ACG yang berlangsung dulu, boleh buat perancangan untuk hadir ke Anime Fest ini. Mana lah tahu kalau melepas lagi. Kami juga akan mengikuti kemas kini untuk acara ini, jadi anda tidak akan terlepas sebarang maklumat penting mengenainya. Comic Fiesta juga dipertimbangkan untuk diadakan pada bulan Disember seperti tahun sebelum ini. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai acara daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Facebook

Tags: Anime FestComic Fiesta
Previous Post

Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin

Next Post

Interview Hearthstone: Voyage of the Sunken City – Bersama Chadd Nervig & Valerie Chu

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Interview Hearthstone: Voyage of the Sunken City – Bersama Chadd Nervig & Valerie Chu

Interview Hearthstone: Voyage of the Sunken City - Bersama Chadd Nervig & Valerie Chu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd