Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Infinite Wealth – Info Substory, Personality, Bond Level

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2023
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon: Infinite Wealth – Info Substory, Personality, Bond Level
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio telah mendedahkan maklumat dan screenshot baru tentang Like a Dragon: Infinite Wealth seperti substory (cerita sampingan dalam game), mekanik personality dan sistem bond level. Berikut adalah maklumat yang saya peroleh:

Substory

Berikut adalah antara beberapa substory yang pemain boleh anda alami di Infinite Wealth!

Close Encounters of the Bird Kind?

Kredit: SEGA Asia

Kasuga bertemu dengan seorang gadis yang luah bahawa ayam peliharaan kesayangannya telah diculik oleh UFO. Dia beritahu semua orang tentang kejadian ini, termasuk polis, tetapi mereka kata itu hanya mainan mindanya. Namun, Kasuga melihat gadis itu sangat terdesak dan bersetuju untuk membantunya mencari UFO itu. Semasa meneroka taman tertentu yang dikhabarkan ialah tempat tumpuan penampakan UFO, dia menyaksikan seekor lembu terapung ke arah cahaya misteri…

Home to Roost

Kredit: SEGA Asia

Kasuga tidur sebentar di pantai Hawaii. Tetapi apabila bangun, kepalanya terasa berat. Dia tergesa-gesa ke tingkap kedai untuk memeriksa dirinya, tetapi mendapati bahawa seekor anak burung telah duduk di atas kepalanya. Memandangkan anak burung itu enggan berganjak, Kasuga mesti memulakan pengembaraan untuk menyatukan semula dengan mamanya.

Personality

Kredit: SEGA Asia

Personaliti adalah status yang terdiri daripada enam ciri: Passion, Confidence, Charisma, Kindness, Intellect, dan Style. Setiap ciri ini boleh ditingkatkan lagi melalui substory, minigame dan banyak lagi. Tingkatkan personaliti Kasuga untuk meningkatkan kebolehannya, memperoleh pekerjaan baharu, berinteraksi dengan lebih ramai orang dan membuka event baharu.

Bond Level

Kredit: SEGA Asia

Bond level menunjukkan betapa rapatnya seorang rakan dengan Kasuga atau Kiryu. Buka lebih banyak pekerjaan dan abiliti dengan mencapai bond level tertentu! Lebih-lebih lagi, rakan anda akan menggunakan chain attack dan kombo dalam pertempuran, memberikan kelebihan menentang musuh.

Kredit: SEGA Asia

Bina hubungan lagi akrab dengan meluangkan masa bersama bersembang di restoran dalam Table Talk, ketawa semasa berjalan di jalan dalam Party Chat atau bermain minigame seperti dart dan karaoke. Terdapat juga banyak cara lain untuk mengeratkan ikatan anda, seperti memberi hadiah kepada rakan apabila anda melihat mereka di bandar.


Like a Dragon: Infinite Wealth akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 26 Januari 2024.

Dapatkan segala berita kami tentang Like A Dragon: Infinite Wealth di SINI!

Tags: Like A Dragon: Infinite Wealth
ShareTweetSend
Previous Post

The Boy and The Heron Review — Pengembaraan Fantasi Baharu Oleh Studio Ghibli!

Next Post

James Wan Kongsikan Pengalaman Penggambaran Aquaman 2, Elemen Seram & Nasihat Kepada Pembuat Filem Lokal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
James Wan Kongsikan Pengalaman Penggambaran Aquaman 2, Elemen Seram & Nasihat Kepada Pembuat Filem Lokal!

James Wan Kongsikan Pengalaman Penggambaran Aquaman 2, Elemen Seram & Nasihat Kepada Pembuat Filem Lokal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd