Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Maira by Maira
August 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Kredit imej: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name yang bakal dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Info baru ini termasuk maklumat tentang Akame dan watak-watak penting dalam Daidoji faction.

Hubungan antara Kiryu dan Akame

Sumber: SEGA

Akame ialah jack-of-all-trades yang berpangkalan di Sotenbori, Osaka, sebuah daerah hiburan yang besar di barat Jepun. Apakah peranannya dalam cerita itu, dan bagaimana dia mempengaruhi Kiryu?

Semasa menyelesaikan tugas untuk puak Daidoji, Kiryu telah terlibat dengan satu insiden. Daripada situ, dia telah mengenali Akame, seorang perempuan misteri yang nampaknya mengetahui selok-belok Sotenbori. Akame mengumpul maklumat daripada seluruh Sotenbori melalui Akame Network, rangkaian perisikan yang terdiri daripada gelandangan di bandar itu.

Sumber: SEGA

Sebagai jack-of-all-trades, dia seringa mengambil tugas yang tiada sesiapa pun berani sentuh. Kiryu bekerjasama dengan Akame, membantunya selesaikan tugas tersebut. Persahabatan mereka semakin erat ambil mereka menyelesaikan konflik dunia jenayah dan menangani industri itu.

Puak Daidoji

Kiryu bekerja sebagai ejen untuk Daidoji faction, dengan nama “Joryu”. Selain pengurusnya, Kihei Hanawa, dia juga terlibat dengan beberapa orang lain dalam organisasi ini, iaitu:

Sumber: SEGA

Yoshimura – Pengurus dalam Daidoji faction. Seseorang yang gigih dalam organisasi yang dingin dan tidak beremosi.

Seorang pengurus dalam Daidoji faction yang pakar dalam keganasan. Yoshimura mengutamakan puaknya daripada segala-galanya, dengan kejam menghapuskan mereka yang menimbulkan ancaman. Dia secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Kiryu, seorang lelaki yang tidak menunjukkan kesetiaan.

Sumber: SEGA

Boss – Seorang pegawai tinggi dalam Daidoji faction. Jeneral yang bersembunyi.

Selain fakta bahawa dia seorang pegawai tinggi dalam Daidoji faction, tidak banyak yang diketahui tentang lelaki tua berkerusi roda ini. Sebagai seseorang yang mempunyai kuasa besar dalam organisasi, dia meminta Kiryu untuk mengekalkan perjanjian yang dibuatnya dengan Daidoji.

Sumber: SEGA

Head Priest – Ketua paderi Daidoji faction

Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai ketua paderi Daidoji. Terlepas dari keinginan duniawinya, dia suka bermain Go sendirian sepanjang hari. Dia antara segelintir orang yang Kiryu percaya.


Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: Like a Dragon GaidenLike a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, “power-up” besar!

Next Post

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Musuh kita bakal hadapi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Musuh kita bakal hadapi!

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai - Musuh kita bakal hadapi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd