Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, “power-up” besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2023
in Artikel
0 0
0
Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, “power-up” besar!

Kredit: LIBE_908

Share on FacebookShare on Twitter

Kini dalam saga terakhir, manga Black Clover telah mencapai titik perubahan yang besar dalam naratif apabila Asta berjaya menyalurkan kuasa Anti-Magic kepada semua ahli Black Bulls! Merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, peristiwa ini membuktikan Anti-Magic adalah kunci utama untuk mengalahkan antagonis terakhir.

Black Clover, Ch. 367: Asta’s got a trick up his sleeve to aid the rest of the Black Bulls! Read it FREE from the official source! https://t.co/hrjKl272pE pic.twitter.com/jDkwpR0Lx5

— Shonen Jump (@shonenjump) August 6, 2023

AMARAN! ARTIKEL DI BAWAH MENGANDUNGI SPOILER!

Kredit: Shueisha

Selepas mengalami kekalahan yang besar kepada Lucius Zogratis, Asta dihantar ke Hino Country yang jauh supaya tidak mengganggu dengan rancangan jahat antagonis itu untuk menawan dunia. Siapa sangka, situasi ini sebenarnya membantu Asta secara tidak langsung kerana hero kita dapat berlatih teknik baharu bernama Zetten. Selepas menamatkan latihan, kekuatan Asta terbukti telah bertambah berlipat kali ganda.

Kredit: Shueisha

Pada masa yang sama, skuad Black Bulls mempertaruhkan segala-galanya untuk membawa Asta kembali ke Clover Kingdom melalui ritual Door of Fate. Namun tidak semuanya berjalan lancar kerana Paladin Damnatio telah datang atas arahan Lucius untuk menghalang kepulangan Asta. Walaupun semua orang cedera parah dan hampir di ambang maut, mereka tetap berjaya membawa Asta ke Clover Kingdom.

Kredit: Shueisha

Tanpa melengahkan masa, Asta terus menewaskan Damnatio, dengan menggunakan teknik Zetten. Seorang lagi watak penting yang membantu dalam Ritual itu adalah Witch Queen; yang menggunakan saki baki kuasa sihirnya untuk menyelamatkan ahli Black Bulls yang hampir mati. Witch Queen berterima kasih kepada Nero kerana tanpa Sealing Magic miliknya, semua ahli Black Bulls pasti akan mati.

Jadi bagaimana Asta dapat berkongsi kuasa anti-magic?

Kredit: Shueisha

Dalam sebuah flashback, Ryuya Ryudo (Mahajaraha Hino Country) memberi idea kepada Asta bagi membantunya dalam perang akan datang. Memandangkan Asta boleh menyalurkan kuasa Anti-Magic ke dalam objek (sebagai contoh; pedang), dia juga mempunyai keupayaan untuk melakukan perkara yang sama kepada manusia.

Kredit: Shueisha

Asta kemudian menguji teori ini dengan menggunakan pedang Demon Dweller dalam proses terbalik. Berkat tahap kawalan Anti-Magic-nya yang lebih baik (diasah melalui latihan Zetten), Asta dapat berkongsi kuasanya dengan semua ahli Black Bulls. Setiap satu sembuh semula serta-merta, dan kini dikelilingi aura hitam seperti yang kita selalu lihat di Asta.

Nampaknya elemen magic mereka telah ditukar ke Anti-Magic – yang saya 100% yakin akan membantu dalam perang terakhir ini tetapi malangnya, info lanjut tentang abiliti tidak didedahkan. Harap-harap mereka dapat menunjukkan kuasa masing-masing dalam bab seterusnya.

Kredit: Shueisha
Kredit: Shueisha

Apakah pendapat anda tentang kuasa baru Asta? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen!

Untuk baca segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.

ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

Next Post

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd