Light of Thel: Glory of Cepheus adalah sebuah permainan bergenrekan MMORPG aksi-pertualangan untuk mobile yang dikeluarkan oleh Youzu (Singapore) Pte. Ltd. We dengan secara rasminya ,engumumkan bahawa permainan yang comel ini akan hadir untuk Android dan iOS pada 25 Februari 2020. Lebih menarik permainan ini akan mempunyai 5 bahasa yang termasuk Inggeris, Cina, Thai, Vietnam dan Indonesia. Dan lebih mengejutkan, sementara nak menantikan kehadiranya minggu hadapan, anda kini berpeluang mencuba CBT (ujian beta tertutup) permainan ini!
Ya, pemain yang berminat untuk mencuba dahulu permainan ini boleh memuat turun dengan terus menekan pautan CBT ini dan ujian ini akan bermula hari ini 18 Februari 2020! Dalam masa yang sama, pemain juga boleh pre-register permainan ini di Google Play Store atau iOS dan anda berpeluang untuk memenangi ganjaran dalam permainan apabila mencecah pendaftaran yang disasarkan!
Light of Thel merupakan sebuah permainan aksi pertualang yang berada di dunia terbuka dan gah! Mempunyai ciri-ciri seperti animasi anime, visual terang, comel dan berwarna warni membuatkan pemain akan teruja bermain permainan ini.
5 kelas yang boleh dipilih dan ditukar-tukar!
Pemain boleh pilih dari 5 kelas yang kuat iaitu si halimunan dari Omni Warrior yang boleh memberi serangan dan stamina yang kuat; Rune Mage yang kuat dengan mantranya; si tangkas Elven Archer yang memberi kerosakan tinggi dalam setiap panahanya; Shadow Asassins yang semua gentarkanya dengan ketangkasan membunuh dan yang terakhir si Holy Priest yang mempunyai buffs sokongan. Setiap kelas sangat unik dan pemain boleh menukarnya dalam turutan untuk memberi serangan kombat yang sepenuhnya.
Mencabar pasukan Dungeons!
Terdapat Boss yang sangat kuat untuk dicabar! Menewaskan mereka bukan sahaja perlukan skil peribadi dan keberanian, tetapi kerjasama juga penting! Jika keseronokan kemenangan sahaja tidak mencukupi untuk ganjaran, harta berharga dan peralatan hebat juga boleh diperolehi dalam raids. Jdi apa lagi yang anda nantikan? Bertempur sekarang, jangan siakan peluang anda untuk menjadi salah satu juara Thel paling hebat!
Bosan berperang? Kita memancing!
Peperangan tanpa henti memang nampak menyeronokan tetapi mesti akan menjadi penat. Yang terbaiknya dalam permainan ini, terdapat permainan kasual dan lebih menenangkan untuk dimain! Kawasan Thel penuh dengan port-port memancing dan ada juga harta karun yang pemain boleh cari! Bunyi perlombongan dan kerja Blacksmith akan menemani hari-hari pemain juga!
Meneroka dan Mengembara bersama Pets yang comel!
Dalam perjalanan anda, pemain akan mendapat peluang untuk menangkap pelbagai jenis ‘Battle Pets’ dimana kesemuanya mempunyai Kemahiran Bakat yang unik dan tersendiri untuk menyokong dan melindungi anda! Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna yang akan melajukan perjalnan anda dan akan membuat perjalanan anda lebih seronok! Menggali harta karun dan ekspedisi boleh membawa keuntungan walaupun anda di luar talian!
Berikan Gaya Terunik anda!
Kustom watak anda dengan pelbagai set peralatan dan item fesyen. Emotes yang menanti anda untuk anda berekspresi denganya. Kini pengembaraan tidak akan bosan, menyanyi, menari, beramah mesra atau membuat prank bersama rakan-rakan anda atau pemain lain!
Rasa teruja tak untuk permainan MMORPG aksi pertualang Light of Thel: Glory of Cepheus ni? Jangan lupa ikuti kemaskini mereka di Facebook dan laman web rasmi nya ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post