Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball! KONAMI Umum Kerjasama Dengan MFL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Tempatan, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Liga Malaysia Kini Rasmi Dalam eFootball! KONAMI Umum Kerjasama Dengan MFL!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami hari ini secara rasmi mengumumkan kerjasama pelesenan dengan Malaysian Football League (MFL) untuk membawa kelab-kelab tempatan Malaysia ke dalam dunia digital eFootball.

Melalui kerjasama ini, kelab-kelab Liga Malaysia kini menjadi sebahagian daripada ekosistem game tersebut. Buat pertama kali, peminat boleh mengawal pasukan tempatan pilihan mereka dengan jersi rasmi serta barisan pemain terkini yang lebih realistik.

Inisiatif ini hadir bersama kemas kini eFootball versi 5.4 yang dilancarkan hari ini.

13 Kelab Liga Malaysia Sedia Beraksi

Kini, seramai 13 pasukan yang bertanding dalam liga domestik sedia untuk dipilih oleh pemain, merangkumi:

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Selangor FC
  • Terengganu FC
  • Sabah FC, Kuala Lumpur City FC
  • Negeri Sembilan FC
  • PDRM FC
  • Kuching City FC
  • Kelantan The Real Warriors FC
  • Penang FC
  • Imigresen FC
  • Melaka FC
  • DPMM FC.

Ganjaran Menarik & Server Khas Malaysia

KONAMI menawarkan ganjaran khas buat pengguna yang log masuk dalam tempoh kempen. Pemain akan menerima ‘Selection Contract’ yang membolehkan mereka mendapatkan kad Highlight pemain bintang Liga Malaysia untuk membina skuad impian mereka.

Selain itu, server khas Malaysia turut telah tersedia. Langkah ini diambil bagi memastikan sambungan perlawanan dalam talian lebih stabil, lancar, dan kurang gangguan ‘lag’.

eFootball Championship 2026 Malaysia Cup

KONAMI turut mengukuhkan komitmen dalam arena esports dengan menganjurkan eFootball Championship 2026 Malaysia Cup. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung pada 18 hingga 19 April depan di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur.

Pemain terbaik negara bakal berentap secara bersemuka, di mana juara bagi kategori mobile dan konsol akan mendapat slot untuk mara ke peringkat serantau, eFootball Championship 2026 Open Regional Finals.

Tags: EfootballMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Champions – Nak VP Banyak? Ini Panduan Jana Victory Points!

Next Post

007 First Light Tangguh Tarikh Pelancaran Untuk Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
007 First Light Tangguh Tarikh Pelancaran Untuk Nintendo Switch 2!

007 First Light Tangguh Tarikh Pelancaran Untuk Nintendo Switch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd